Khamis, 11 November 2010

SiHiR MeLaLui FB


CERITA INI JUGA SAYA COPY DARI http://melurjelita.com/?p=2801




Ini kisah seorang insan yang terpilih.

Jelitawan : Salam kak

Waalaikumsalam lia jelita

Jelitawan : He he he..sukanya kak  panggil saya jelita

Kita semua jelita dalam kelas tersendiri..he he he

Jelitawan : Betul betul betul..he he he

Asyik gelak je. Apa cerita ? Sihat ka

Jelitawan : Sihat kak cuma saya ada masalah nak cerita dengan akak. Akak sibuk ke?

Nak cerita cepat – cepat sikit sebelum brok akak buat hal. Lia jelita ada masa 5 minit saja…he he he

Jelitawan : Adeiiii…5 minit saja? he he he

Lekaslah cerita..dok gelak manjang je…he he he

Jelitawan : Begini kak…saya ada kenal satu guy ni…he’s married, about 40 something.

ok…

Jelitawan : kenal gitu – gitu je kat FB ni la. Tapi lama kelamaan jadi macam rapat pulak dengan dia. Selalu kami chat, dari pukul 12 – 3 pagi…

Tu diaaaaaaaaa…

Jelitawan : Masa ni la seronok chat sebab suami dan anak saya dah tidur. Bini dan anak dia pun dah tidur…

Awat tak chat siang hari?

Jelitawan : Siang hari chat juga tetapi lebih banyak waktu tu . Saya layan dia je…suka – suka je…tak ada apa – apa perasaan pun. Biasa – biasa je…

Ex school ka?

Jelitawan : Tak..kenal kat FB ni la..Dia add saya. saya pun main accept je. Saya tak kisah laki pompuan, semua saya kawan.

So, apa masalahnya?

Jelitawan : Masalahnya kak….saya rasa lain macam dah la ni…

Lain macam, macam mana ?

Jelitawan : Sejak saya tag gambar saya kat dia, dia selalu puji saya…saya cantik, manis, baik…..Dia selalu puji saya masak sedap..Saya pandai melawa…

Dia dah pernah makan masakan Lia jelita ke?

Jelitawan : Tak pernah lagi. Dia tengok gambar masakan saya kat FB. Tengok gambar suami dan anak. Dia kata untung suami dapat wife macam saya.

Dah ada dalam Fb, semua kawan Fb boleh selongkar…

Jelitawan : kak kak  kak…kakkkkkk

Ya , ada , ada ni ha….cepat sikit sebelum brok ngamuk.

Jelitawan : Beli brok lain la kak..he he he

Cepat la, gelak pulak dah…he he he

Jelitawan : Ok ok …sekarang ni saya tak boleh nak tidur selagi saya tak chat dengan dia. Saya selalu teringat – ingatkan dia. Saya rindu dia. Saya rasa saya suka dia , kak. lain sangat rasanya kak. Perasaan ini tak ada kat suami saya. Hari – hari saya online semata – mata nak chat dengan dia. Saya jadi cemburu bila dia komen kat status pompuan lain…

Ayoukkkk…istighfar Lia jelita

Jelitawan : Saya rasa saya tak boleh nak kontrol diri saya dah. Saya abaikan anak suami. Saya asyik dengan dia..Asyik sangat, rasa macam sedang bercinta.

Kak, satu malam tu, selepas saya chat dengan dia, saya rasa lain macam sangat….Saya nak tidur tetapi membelakangkan suami saya…Saya rasa seperti ada tangan yang membelai – belai wajah saya…..saya fikir suami saya..tetapi saya terfikir, suami dan saya saling membelakangkan…takkan tangan suami saya dok kat depan, dok belai – belai wajah saya…

Suami Lia jelita kot..

Jelitawan : Tak…saya kalih tengok suami saya. Memang dia membelakangkan saya…siap dengkur lagi.

Ish…berdiri bulu roma akak….

Jelitawan : Kemudian saya sambung tidur selepas saya pujuk diri saya. saya khayal je…tetapi masa tu memang saya baru lepas chat dengan dia…saya dok teringat – ingat kat dia..so , saya pun nak sambung tidur la…dalam saya dok nak lena dan mamai tu, saya terasa lagi tangan dok membelai – belai wajah saya…Kali ni, memang saya rasa betul – betul…lepas tu kak…kak ..kakkkkkk

Ya , ada. cepat la..tak sabar nak tahu ni!

Jelitawan : Tiba – tiba saya merasa satu kucupan di pipi kiri saya. Saya menjerit la . Terkejut suami. Terbangun dia.

Ngigau kot?

Jelitawan : Takkkkk . memang saya rasa betul. Ada orang kucup saya. Betul – betul rasa…Saya menangis takut. Lepas tu saya bau asap rokok, kuat baunya dalam bilik. Saya hairan mana datang bau rokok tu. Suami saya tak merokok. tapi suami saya tak bau. Saya kata ada bau…kuat sangat macam orang dok merokok sebelah saya. Saya takut kak.. Saya menangis…hu hu hu

Suami buat apa?

Jelitawan : Suami peluk saya sambil baca ayat kursi, lepas tu dia suruh saya ambil air sembahyang…Dia ingat saya mimpi…Lepas tu baru saya ok..tenang tapi masih rasa takut…..Malam tu saya suruh suami angkat anak tidur dengan kami. Saya berkepit je dengan mereka malam tu..Tak berani nak sorang – sorang.

Hemmm…lepas tu apa yang jadi?

Jelitawan : Itulah saya nak tanya akak ni…Boleh ke orang sihirkan kita melalui FB ? Saya jadi takut kat dia tetapi di masa yang sama saya rindu dia. Rindu sangat. Saya tahu saya salah sebab saya ada suami, dia pun ada bini. tetapi kami macam saling menyukai..tetapi di masa yang sama saya benci dia. Saya rasa saya digodanya…pujuk rayu saya, puji saya….
Nape Lia Jelita rasa dia ke yang sihirkan Lia Jelita?

Jelitawan : Hati saya terasa macam tu…Dia juga merokok. Hemm..saya bukan nak tuduh dia tetapi sejak saya kenal dia, saya dah jadi lain macam. Saya tak ada rasa macam tu kat kawan lelaki FB lain..Kat dia seorang je. Saya rasa macam ada yang tak kena. Kak..kak rasa dia sihir saya ke?

Tak tahu la akak. Akak ni bukannya pandai dan tahu sangat bab  sihir – sihir ni. Tetapi kalau menurut ustaz, nak sihir ni senang saja. Tengok gambar pun jadi. Tengok nama pun jadi…Senang sangat nak tuju. Sebab tu jangan sembarangan nak letak gambar dalam FB atau bagi gambar sembarangan kat orang . Hati orang mana kita tahu. Nak kata dia sihir Lia jelita pun akak tak berani. Takut salah tuduh.

Tetapi akak nak bagi la nasihat sebagai seorang kakak…Hapuskanlah rasa cinta, rasa suka kat dia..Berdosa besar! Maaf nak kata, itu curang namanya. Menduakan suami. Dia pun suami orang. Dua – dua dosa. FB ni kalau tak pandai guna, habislah kita. Maksiat boleh berlaku …tangan, mata dan hati. Tu yang sampai teringat – ingat dan rindu kat dia , ya la tu. Tak boleh ! Ingat Allah. ingat suami anak.

Lepas tu berlaku kejadian macam tu pulak. Itu satu peringatan dari Allah SWT tu… kalau dah ada gerak rasa macam ada sesuatu yang tak kena dengan diri dan diri dia…Remove dia je la…

Jelitawan : nanti dia marah, kak.

Pedulikan dia marah. Bukan suami Lia jelita pun. Dia nak marah apa hak dia. Lia jelita bukan bini dia.

Jelitawan : Tak ke berdosa memutuskan silaturrahim.

Aikkk..tadi tanya pendapat akak. Itulah pendapat akak. Lagi pun silaturrahim apa  kebendanya kalau dah sampai ada perasaan cinta dan syok kat laki orang? Faham betul – betul makna bersilaturrahim. Kalu nak bersilaturrahim sangat, mai la selalu ke Melurjelita…he he he

Jelitawan : So ..remove dia je la ya kak.

Ya. Buat segera sebelum suami find out hal sebenar, teruk nanti. Lagi pun buat apa dok syok kat laki orang macam tu. Dia tu jantan dayus tu. Dok usha bini orang buat apa. Bini sendiri kan dah ada. Ok la ya..nak out dah. Nak masak.

Jelitawan : Ok kak…terimakasih ya kak

Sama – sama. Jaga diri dan rumahtangga elok – elok barulah jelitawan namanya.

Salam

Jelitawan : Salam

ALAHAI JELITAWANS DAN MR JELITAWANS…BOLEH KE SIHIR MELALUI FB? ATAU MAINAN PERASAN KERANA BERBUAT SALAH DENGAN KEPERCAYAAN SUAMI? WALLAHU’ALAM

* petikan perbualan fb yang tak sebenar. Yang penting ambil iktibar , fikir dan renung.




Catat Ulasan