Memaparkan catatan dengan label RinTihan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RinTihan. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Februari 2011

BeBeLan di AkhiR PeTang

kenapa masih lagi ada orang yang berdendam
dan rasa tak puas hati dengan kita

kenapa masih sampai sekarang dikejarnya
adakah dia mahu keluarga ku kucar kacir
adakah dia mahu keluarga ku berpecah belah

ya... 
itu yang ku rasakan 
ya terlupa seketika
syaitan telah membisikkan kepadanya 
MUNGKIN...



notakaki:  kesian pada orang yang macam ni.  mungkin dia ada sakit jiwa

Khamis, 27 Januari 2011

BiLa MaRaH

korang
pagi tadi aku terdengar perbualan
antara pegawai ni dengan salah seorang staf
tapi aku dah rasakan bukan perbualan
tapi rasa dia menjerit
sebab bagi aku cara dia cakap tu
setingkat ni bole dengar




sebab apa cenggitu??
sebab dia marahkan salah seorang pegawai bawahannya
tapikan
nape ye pegawai dia buat cenggitu
aduh 
buat sesuka hati dia je
amik MC, EL dan cuti
pelik... kan

tapi pegawai yang marah tu pun satu
tak leh ke citer pelan-pelan
aku tau le ko bengang dan marah
tapi kan muka dia memang haih...
ehem ehem takpe lah... stop sini je la...hehehe


entahlah.. 
bukan nak salahkan sesape
tapi kadang kita kena control kemarahan
maybe dah banyak kali control
tapi dah tahap gaban kan
hiks..


notakaki:  citer di pagi hari

Rabu, 19 Januari 2011

KeLApa MaHaL







esok Thaipusam...

rege kelapa mahal wehh....

Bergadai nyawa kutip syiling RM75,000

Berita ni aku copy paste dari Utusan Malaysia Online....   korang...  haih sapa yang kutip tu depa tak pikir ke duit yang depan kutip tu haih bukan dari hasil titik peluh mereka...  duit tu mereka kutip bertaburan...   aduh korang kenapala sebelum amik tu tak fikir....  manatau duit tu silap-silap korang bagi anak-anak korang belanja makan ke...  duit tu korang buat beli makan minum tok diri sendiri ke...  tu dah jadi darah daging tu.. .haih...   renung-renungkanlah...  kesannya sebelum membuat sesuatu...  memang seronok kutip duit tapi...




Orang ramai mengambil kesempatan mengutip duit syiling yang bertaburan di atas lebuh raya dalam kemalangan yang mengakibatkan sebuah kereta BMW melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang membawa duit syiling di susur keluar Pedas, Negeri Sembilan, semalam.




REMBAU 18 Jan. - Jika sebelum ini, orang ramai hanya memperlahankan kenderaan untuk menyaksikan sesuatu kemalangan di lebuh raya, namun berbeza pada hari ini apabila mereka berpusu-pusu datang dengan lebih dekat.

Manakan tidak, sebanyak RM75,000 wang syiling bertaburan di atas jalan apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD), Toyota Hilux yang membawa wang itu terbalik di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Malah pengguna lebuh raya sanggup menggadai nyawa untuk mengutip wang syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang bertaburan sepanjang 100 meter di atas lebuh raya dan kawasan rumput berhampiran.

Kejadian berlaku di Kilometer 243, susur keluar Pedas, dekat sini, apabila kenderaan terbabit yang membawa sebuah peti besi berisi syiling itu dirempuh sebuah kereta BMW, pukul 3 petang.

Rempuhan tersebut mengakibatkan kenderaan itu terbabas dan terbalik. Kereta BMW itu juga terbalik di dalam longkang berdekatan lebuh raya.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan kejadian itu dan pihak polis sedang menjalankan siasatan kemalangan berkenaan.

"Kejadian itu berlaku selepas kenderaan 4WD dilanggar dari belakang dan menyebabkan ia terbabas dan terbalik.

"Akibatnya, wang yang dibawa bertaburan di atas lebuh raya. Pihak polis ketika ini memantau keadaan di lokasi kejadian dan akan menghalang orang ramai daripada terus mengutip wang syiling berkenaan," ujarnya di sini hari ini.

Pemandu Toyota Hilux itu, Zairul Hisham Mansor, 28, yang ditemui Utusan Malaysia di lokasi kejadian berkata, dia bersama seorang rakannya dalam perjalanan membawa wang syiling berkenaan dari Shah Alam, Selangor menuju ke Melaka.

"Semasa kejadian itu, saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana wang syiling diletakkan di belakang kenderaan kami sudah tercampak di tengah lebuh raya.

"Ia menyebabkan beribu-ribu wang berkenaan bertaburan di merata tempat," katanya yang masih tergamam dengan kemalangan itu dan menyebabkan rakannya cedera di tangan, manakala Zairul pula mengalami cedera ringan dan diberi rawatan kecemasan di lokasi kejadian.

Menurutnya, wang syiling berkenaan mahu diedarkan di beberapa pasar raya di Melaka dan difahamkan jumlah berkenaan RM75,000.
Difahamkan juga, dua lelaki yang menaiki kereta BMW berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor.

Mereka yang berusia 30-an itu hanya mengalami kecederaan di kepala dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJ) di sini.
Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati orang ramai 'hilang pertimbangan' sehingga ada yang sanggup mencangkung di tengah-tengah lebuh raya untuk mengutip wang syiling itu.

Wang syiling berkenaan turut dikutip di kawasan rumput hingga menyebabkan kedua-dua laluan lebuh raya berkenaan menjadi sesak.


notakaki:  cube tengok siapa yang banyak kutip tu...


Jumaat, 14 Januari 2011

UJan & MeNdunG

ujan dan mendung di pagi hari...

korang...
bila ujan dan mendung di pagi hari ni kadang mempengaruhi emosi kita
kadang kita pun ikut sama mendung
kadang kita pun ikut sama mengantuk 
kadang kita pun ikut sama kemalasannya


korang..
ujan dan mendung di pagi hari ni kadang
menyebabkan kita bergegas ke tempat kerja
kadang 
menyebabkan kita malas ke tempat kerja


korang 
ujan dan mendung di pagi hari ni kadang
sebenarnya 
itu semua adalah rahmat dari tuhan..


notakaki:  mendung dipagi hari....


Khamis, 13 Januari 2011

SaBaR

salam korang

SABAR...
sabar ni haih ada berjenis pulak
sabar sikit dan sabar banyak..
ada orang kata
bawak bersabar... sabar banyak-banyak ya...
sabarrrr.....  
semua tu bernada... tiap nada lain maksudnya

yelah...  dalam kehidupan seharian kita ni
memang kena bersabar...
dalam doa selepas sembahyang pun musti korang berdoa
ya allha kau kuatkanlah hamba mu ini..
berikanlah kesabaran di dalam menghadapi ujian di dunia ini
Insya Allah... tuhan beri kesabaran kepada kita

korang
cuba korang tengok dan renungkan...
sabarkan diri korang menghadapi beberapa perkara selama hidup ini
musti korang ada menangiskan 
untuk menempuhi kesabaran itu
tarik napas kadang-kadangkan...  :)

korang..
dalam mendidik anak-anak juga perlu kesabaran
kalau dulu mak abah kita menjaga kita
sekarang kita pula menjaga anak-anak kita
wah betapa maha dahsyatnya kesabaran ini

korang..
jika rasa kesabaran kita tu hilang
apa kata korang tarik napas pelan-pelan
istifar banyak-banyak
kadang bila kita tak sabar
perkataan yang tak sepatutnya tu akan keluar
korang perasan tak
sebenarnya perkataan itu adalah doa
nauzubillah...
mungkin perkataan tu boleh menyakitkan hati seseorang
haih kasihannya...


notakaki:  sori ni hanya bebelan pagi



Rabu, 13 Oktober 2010

aBaNg....

A.B.A.N.G

untuk gelaran seorang lelaki
untuk seseorang yang mempunyai abang untuk dipanggil
untuk lebih rasa hormat..

ABANG..

ntah bila akan tiba
ntah bila akan bermula

ABANG

mampukah aku
dapatkah aku
yang lama menanti
yang lama menunggu

ABANG

sinar harapan ku nantikan
sinar kebahagian ku junjungkan

ABANG

bilakah untuk diriku.....