Sabtu, 17 September 2016

PASEMBOQ a.k.a PASEMBOR + CENDOL


Hari ni dah balik ke Putrajaya balik...
keluar dari rumah mak mertua dalam 3.30 petang..
Plan nak kluar lepas subuh... ahahaha
alah korang..
biasalah.. kalau macam-macam kena buat inilah jadinya..


En suami memandu..
masa tu tetiba dia nak nak makan pasemboq dak
huih i ni is ok je
en suami kata jap kita tengok ada dak van dia


sekali ada...wahhh..
order 3 jer memula tu sebab anak dara tak mau makan..
suruh dia rasa jugak... dia mula makan sikit..
sekali wahhh dia sukala..
 so top up satu lagi cukuplah sorang satu kami makan

oi sedap bak ang...
kuah dia aku rasa memang sedap... tak pernah rasa lagi yang macam tu
selain pasemboq dia juai cendoi juga... 
cendoi dia pun sedap.. tak manis tak tawaq...sedang-sedang..

kami memilih makan je kat situ sambil memerhati gelagat pelanggan yang lain...
tak dinafikan pelanggan dia ramai..
ramai cina oiii pelanggan dia..

kita tau kan kalau cina dah datang tu maknanya memang sedapla gerai tu
tetiba dengar suara... ada mee rebus tak... ala tak sempatla
waaa dia pun buat mee rebus ka.. alahai..
takpa nanti aku mai lagi naa


eh eh dah panjang cerita tapi tak bagitau kat mana eh
lokasi nya betul-betul depan ibu pejabat Polis Daerah Pendang Kedah.. haa senangkan...

jadi apa lagi... nanti jangan lupa terjah
Catat Ulasan