Jumaat, 16 September 2016

JERUK MAMAN


Pernah dak dengar Jeruk Maman..
Gambar ni yang dah siap dijeruk
Mak mertua yang buat.. kikikiki.. bertuahkan... mana nak dapat..

Pi pasar beli daun maman RM5 sekilo
pastu balik rumah kita besiang daun

Nak buat jeruk maman ni senang je:
ambil air didih nasi pastu masukkan asam keping dan 
garam dan perapkan

kalaulah takda air nasi... ambil nasi agak-agak segenggam..
lenyekkan bersama garam..
kemudian masukkan asam keping

Peram dalam 2 hari pastu dah boleh makan..

Korang... time nak makan ni potong le bawang dan cili api dan perah limau...
perghhh terangkat.... 

makan dengan nasi panas dan dengan petai... walla

Tiada ulasan: