sumber ni aku dapat kat surat khabar Utusan pagi ni...
CHANGSA - sebuah hotel setinggi 15 tingkat di selatan China menarik perhatian dunia apabila berjaya disiapkan hanya dalam tempoh enam hari.
Pencapaian China itu menimbulkan kerunsingan di kalangan pakar ekonomi Amerika Syarikat (AS) tentang kemajuan jauh negara itu dari sudut pembinaan.
Para pekerja membina Ark Hotel yang lengkap dengan struktur kalis bunyi, insulsi haba dan mampu bertahan jika berlaku gempa bumi 9 pada skala Richter dengan menggunakan kaedah pasang siap secara sepenuhnya.
nota: hebatkan.... kalau kat Malaysia camni... kuranglah agaknya pekerja asing..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan