ni kotaknya
Isnin, 31 Januari 2011
Oiii Tak NaMpaK ni Oiiii
ooiii koranggggg
aku tak berapa nampak ni oiii
mana lampu ni
dah la orang ramai cuti
time ni la plak takda lampu
kita ni dah la kena datang keja
hampagas betul
sakit mata ni nak menaip dalam gelap
sib baik jari jemari aku ni hafal huruf2
kat keybord maaaa
Jumaat, 28 Januari 2011
TeRpeRangKap
pagi ni jam 9 En Boss ada meeting di
PERBADANAN PUTRAJAYA
memandangkan jalan di Putrajaya ni banyak ditutup...
my boss calling2 me laaa
dia kata
aziah macam mana aku nak parking ni
jalan banyak tutup
yang aku pun... a'ah laaaa...
erkk otak terus jemmm
aku bagi direction kat boss supaya parking kat belakang maybank tu ha..
tapi kesian plak kat dia jauh nak kena jalan la pulak
sekali dia kata tanya cukup korum ke tak
kalau tak dia tak mau datang
hahahaha
aku pun call PERBADANAN PUTRAJAYA
humang aihhhh takda orang angkat maa
maybe dia orang dah dok dalam bilik meeting
haih nyesal tak mintak hp dia orang
aduh maa
sekali bos tepon lagi
jap en boss saya masih menerai call banyak kali nih
sekali nasib ..... urus setia tu call
adehhh lege..
so bagi hp my boss kat dia suruh dia pick up my boss wokeh
selesai sudehhhhh
notakaki: tak leh jalan jauh2 daaaa...
BesKaL is CoMinG....
hahahaah.. sesuke hati aku je tajuk nih..
pagi tadi masa tengah drive dengar radio
kata pelumba beskal akan tiba
di PUTRAJAYA okey
PUTRAJAYA
bila tu????
tengahari ni..
apa tengahari ni???
hari ni Jumaat lor
hermm
tak kisah laa
tapi yang bestnya penamat beskal tu
di depan opis ku
best ke???
hahahaha
macam la aku leh nampak
wah wah wahhh
tak kesah la
janji semangat tu penting
semangat
notakaki: beskal racing ku sedang tersadai... tak baiki lagi..
Khamis, 27 Januari 2011
SaBTu
sabtu ni hari jadi En Suami...
saya dah menempah coklat di SINI
berpuas hati
tapi ada pelik
huhuhu
saya tempah
HEPI BEDAY BUSUK
tapi jadi
HAPPY BDAY ABANG
aisyehhh
pastu
saya order 9 ketul
tapi...
dia bagi 12 ketul
aiyoookkk
pastu saya tempah 3 coklat oreo
bentuk ladybug...
yeeehhh
suke tengok...
ni salah satu yang ditempah
salah satu lebih kurang cenggini
tapi gambar sebenar nanti kita snap gambonya ya..
buat citer je dulu
notakaki: kena simpan kat opis dulu
BiLa MaRaH
korang
pagi tadi aku terdengar perbualan
antara pegawai ni dengan salah seorang staf
tapi aku dah rasakan bukan perbualan
tapi rasa dia menjerit
sebab bagi aku cara dia cakap tu
setingkat ni bole dengar
sebab apa cenggitu??
sebab dia marahkan salah seorang pegawai bawahannya
tapikan
nape ye pegawai dia buat cenggitu
aduh
buat sesuka hati dia je
amik MC, EL dan cuti
pelik... kan
tapi pegawai yang marah tu pun satu
tak leh ke citer pelan-pelan
aku tau le ko bengang dan marah
tapi kan muka dia memang haih...
ehem ehem takpe lah... stop sini je la...hehehe
entahlah..
bukan nak salahkan sesape
tapi kadang kita kena control kemarahan
maybe dah banyak kali control
tapi dah tahap gaban kan
hiks..
notakaki: citer di pagi hari
AL-FatiHah
salam..
pepagi tadi dapat berita
kematian
ibu kepada salah seorang pegawai kat opis aku ni ha
al-fatihah untuk ibunya...
moga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman
aku tak pergi menziarah
sebab
bilik ni sapa nak jaga
bos aku pergi ngan big bos tu..
CuTi TeRsePit
korang
sedia maklumkan minggu depan cuti tersepit
maksud aku cuti tersepit ni adalah dikhususkan kepada mereka-mereka
yang bekerja di wilayah
macam KL dan putrajaya juga Labuan
haih....
cuti 2 hari je tapi dapat bercuti selama seminggu meehhh
sapa tak mau amik cuti
rugi wooo kalau tak cuti
tapi...
ada tapi sebab bos aku amik cuti 2 hari bulan jerk..
31 hari bulan tu dia tak cuti maaa
aiyoookk
aku pun terpaksa tak cuti jugak..
plan dah cantik tu
lagi pun budak-budak pun cuti sekolah sama..
rugi-rugi
bos aku kata big bos ada
so kalau aku takda
takda pengganti pulak
mati la dia..
adoila...
notakaki: rugi wooooo
LimAu Oh LimAu
korang
mentang-mentang minggu depan
Raya Cina... jadik..
kat opis aku pun dapat limau free...
jadik aku pun makan limau jek..
pagi ni dah 3 biji limau ku makan... hehehehe...
manis..
sib baik dapat yang manis...notakaki: dalam bilik ni pun bau limau
Selasa, 25 Januari 2011
PenYiMpAnaN YanG EfEktiF...
salam korang...
tajuk kat atas tu sesajerk jerk...
bukannya aku ni nak jadi pakar penasihat kewangan
tapi..
nak share ngan korang tips ni sebenarnya
korang
korang pernah tak berangan bulan ni nak simpan duit banyak ni
tapi lepas tu tak jadi
means...
mungkin korang ada benda nak beli tak pun korang terbeli hahahahha
kan...
so bajet dah lari
ok tips dari aku
ni sesuai sesangat bagi orang yang bekerja
terutamanya mereka yang bekerja gomen wokeh
tipsnya adalah
- korang buka akaun ASB atau Tabung Haji. kalau buka dua-dua lagi bagus...
- pastu isi borang potongan gaji wokeh... borang boleh diambil di ASB sama ada bank CIMB atau Maybank pun kadang dia orang ada letak gak boran tu atau Tabung Haji
- lepas isi... deal ngan tempat potong gaji korang tu...
- ha kan senang... potong gaji sesiap terus... jadik korang confirm takkan terambil duit tu...
- heheheh kan sonang jo..
bebenonya aku memang amalkan tips ni dah beberapa tahun... alhamdulillah korang... korang boleh upkan nilai jumlah potongan jugak... gaji bulan ni aku dah start upkan potongan gaji.... alhamdulillah rezeki tu ada sebenarnya.... so tak payah nak pk atau pening-pening nak pergi beratur kat bank ke kan...
notakaki: apa lagi cuba la... rugi kalau kita tak menyimpan..
Isnin, 24 Januari 2011
Tips MenJaDi SeOranG YanG TaBah
sesaje baca majalah Mingguan Wanita 24-30 Disember 2010... ni tips menajadi seorang yang tabah... vavava... meh tengok satu persatu..
@ terima ketentuan Illahi baik yang pahit mahupun yang manis dengan redha
- mustilah kena terimakan... kena kuat semangat wooo
@ setiap yang berlaku ada hikmahnya.
- yes setuju sangat-sangat... sebab kadang-kadang disebalik keburukan yang berlaku tu ada yang lebih manis akan berlaku
@ usah menyesali dan meratapi takdir diri
- takda la tak sesal kot... mula-mula tu mungkin sesal... tapi bila fikir... bila tenang barula boleh kata tak nak menyesali takdir diri
@ beristigfar dan ingatlah dengan Maha Pencipta
- yes suke sangat-sangat... kalau korang tak caya... cuba korang tengah dalam kesusahan... kedukaan... kesakitan yang amat sangat.... istigfarlah banyak-banyak... percaya atau tidak... korang akan rasa tenang dan rasa diri lebih kuat
@ luahkan apa yang terpendam di hati kepada keluarga atau kenalan rapat
- mak aih... nak luahkan kat keluarga ke... kalau sapa yang rapat kat adik beradik ka kat mak ayah ka tu ok la tu
@ dapatkan semanat daripada orang yang dipercayai
- kadang lebih seronok ada kawan yang tak kenal... contoh kawan di alam maya... hiks
@ kawal emosi diri, sentiasa memberi kata semangat kepada diri sendiri
- yup... tapi kadang... dalam pada kita mengawal pun... bila dah time sedih tu tetap sedih... rasa hati dicarik-carik je..
@ berdoa agar Allah memberi kekuata rohani, minda dan jasmani kepada kita
- kalau kita berdoa dan minta... Allah akan beri.. percayalah..
notakaki: diri kita adalah kuat
Jumaat, 21 Januari 2011
BiLa dAh CuTi
korang
bila dah dapat cuti sehari
iaitu semalam
cuti THAIPUSAM...
aku
adalah amat terasa
hari ni adalah hari ISNIN
muweh weh wehhh
sebabnya
tadi masa punch kad
aku rasa macam pelik je
pesal lubang antara minggu lepas ngan minggu ni ada kosong 1 je
hahahaha
means lubang kat sini adalah
kenapa punch kad tu tak diketik ruangannya ada 1 je pesal tak dua
last sekali
sebab aku rasa ah lantak ko le
hahahahhaha
serius memang tak hingat harini hari Jumaat
notakaki: anak-anak punya jadual semua ok hari Jumaat... hahaha
bila dah dapat cuti sehari
iaitu semalam
cuti THAIPUSAM...
aku
adalah amat terasa
hari ni adalah hari ISNIN
muweh weh wehhh
sebabnya
tadi masa punch kad
aku rasa macam pelik je
pesal lubang antara minggu lepas ngan minggu ni ada kosong 1 je
hahahaha
means lubang kat sini adalah
kenapa punch kad tu tak diketik ruangannya ada 1 je pesal tak dua
last sekali
sebab aku rasa ah lantak ko le
hahahahhaha
serius memang tak hingat harini hari Jumaat
notakaki: anak-anak punya jadual semua ok hari Jumaat... hahaha
Rabu, 19 Januari 2011
JoM GeGaR BLoG
korang jom jom jom joint.......... korang tekan SINI kalau nak joint...
sapa berminat jom joint.. tak susah senang ja...
Jom mulakan...
- Letak header BEN ASHAARI BLOG
- Tajuk : JOM GEGAR BLOG dan linkkan ke entri ini ..
- Tinggalkan link di ruangan komen entri ini .. TOLONG ..TOLONG .. TOLONG .. tinggalkan sekali saja.. nanti termasuk berkali lak..
ha senangkan... apa lagi sebelum terlambat wokeh...
notakaki: selama ni dok baca jadi silent reader aje..
Bergadai nyawa kutip syiling RM75,000
Berita ni aku copy paste dari Utusan Malaysia Online.... korang... haih sapa yang kutip tu depa tak pikir ke duit yang depan kutip tu haih bukan dari hasil titik peluh mereka... duit tu mereka kutip bertaburan... aduh korang kenapala sebelum amik tu tak fikir.... manatau duit tu silap-silap korang bagi anak-anak korang belanja makan ke... duit tu korang buat beli makan minum tok diri sendiri ke... tu dah jadi darah daging tu.. .haih... renung-renungkanlah... kesannya sebelum membuat sesuatu... memang seronok kutip duit tapi...
Orang ramai mengambil kesempatan mengutip duit syiling yang bertaburan di atas lebuh raya dalam kemalangan yang mengakibatkan sebuah kereta BMW melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang membawa duit syiling di susur keluar Pedas, Negeri Sembilan, semalam.
REMBAU 18 Jan. - Jika sebelum ini, orang ramai hanya memperlahankan kenderaan untuk menyaksikan sesuatu kemalangan di lebuh raya, namun berbeza pada hari ini apabila mereka berpusu-pusu datang dengan lebih dekat.
Manakan tidak, sebanyak RM75,000 wang syiling bertaburan di atas jalan apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD), Toyota Hilux yang membawa wang itu terbalik di Lebuh Raya Utara-Selatan.
Malah pengguna lebuh raya sanggup menggadai nyawa untuk mengutip wang syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang bertaburan sepanjang 100 meter di atas lebuh raya dan kawasan rumput berhampiran.
Kejadian berlaku di Kilometer 243, susur keluar Pedas, dekat sini, apabila kenderaan terbabit yang membawa sebuah peti besi berisi syiling itu dirempuh sebuah kereta BMW, pukul 3 petang.
Rempuhan tersebut mengakibatkan kenderaan itu terbabas dan terbalik. Kereta BMW itu juga terbalik di dalam longkang berdekatan lebuh raya.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan kejadian itu dan pihak polis sedang menjalankan siasatan kemalangan berkenaan.
"Kejadian itu berlaku selepas kenderaan 4WD dilanggar dari belakang dan menyebabkan ia terbabas dan terbalik.
"Akibatnya, wang yang dibawa bertaburan di atas lebuh raya. Pihak polis ketika ini memantau keadaan di lokasi kejadian dan akan menghalang orang ramai daripada terus mengutip wang syiling berkenaan," ujarnya di sini hari ini.
Pemandu Toyota Hilux itu, Zairul Hisham Mansor, 28, yang ditemui Utusan Malaysia di lokasi kejadian berkata, dia bersama seorang rakannya dalam perjalanan membawa wang syiling berkenaan dari Shah Alam, Selangor menuju ke Melaka.
"Semasa kejadian itu, saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana wang syiling diletakkan di belakang kenderaan kami sudah tercampak di tengah lebuh raya.
"Ia menyebabkan beribu-ribu wang berkenaan bertaburan di merata tempat," katanya yang masih tergamam dengan kemalangan itu dan menyebabkan rakannya cedera di tangan, manakala Zairul pula mengalami cedera ringan dan diberi rawatan kecemasan di lokasi kejadian.
Menurutnya, wang syiling berkenaan mahu diedarkan di beberapa pasar raya di Melaka dan difahamkan jumlah berkenaan RM75,000.
Difahamkan juga, dua lelaki yang menaiki kereta BMW berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor.
Mereka yang berusia 30-an itu hanya mengalami kecederaan di kepala dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJ) di sini.
Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati orang ramai 'hilang pertimbangan' sehingga ada yang sanggup mencangkung di tengah-tengah lebuh raya untuk mengutip wang syiling itu.
Wang syiling berkenaan turut dikutip di kawasan rumput hingga menyebabkan kedua-dua laluan lebuh raya berkenaan menjadi sesak.
notakaki: cube tengok siapa yang banyak kutip tu...
Isnin, 17 Januari 2011
40 KeSiLaPan Ibu BaPa
kawan-kawan... mari kita renung-renungkanlah kesilapan kita di dalam mendidik anak-anak kita... memang yang baik itu datang dari Allah... yang buruk itu adalah datang dari kelemahan diri kita sendiri.... nak jadi ibu bapa yang baik memang mencabar kita semua... jom tengok2...
40 KESILAPAN IBU BAPA
********************
1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama
Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali
MeRisauKan
hari ni bang long anak sulung aku dah buat 1 perkara yang merisaukan aku
sampai petang ni kepala aku otak bejalan-jalan
tak tenang hati tau
pagi ni hubby gi jadi saksi untuk adik nak kawin
so takda kat sekolahla
sekali dalam kol 12 kawan dia bagitau yang rahimi dah ada kat bilik hubby aku
ait pesal balik awal?
aku dah risau
pastu aku call hubby sruh dia tanya kenapa
aku sms ngan hubby kot2 dia salah dengar loceng kot
tp hubby aku kata sekolah tu takda loceng
ha ye ke??
tapi merisaukan aku adalah
macam mana cara hubby aku tanya kat anak aku
haih
anak aku tak jawab
tak nak jawab
haih kenapalah agaknya
merisaukan hati seorang ibu tau
takpelah...
balik ni aku tanya
selalu dia akan cakap kalau aku tanya
notakaki: banyak pk nih...
sampai petang ni kepala aku otak bejalan-jalan
tak tenang hati tau
pagi ni hubby gi jadi saksi untuk adik nak kawin
so takda kat sekolahla
sekali dalam kol 12 kawan dia bagitau yang rahimi dah ada kat bilik hubby aku
ait pesal balik awal?
aku dah risau
pastu aku call hubby sruh dia tanya kenapa
aku sms ngan hubby kot2 dia salah dengar loceng kot
tp hubby aku kata sekolah tu takda loceng
ha ye ke??
tapi merisaukan aku adalah
macam mana cara hubby aku tanya kat anak aku
haih
anak aku tak jawab
tak nak jawab
haih kenapalah agaknya
merisaukan hati seorang ibu tau
takpelah...
balik ni aku tanya
selalu dia akan cakap kalau aku tanya
notakaki: banyak pk nih...
MaK-MaK LiChan....
korang...
aku tau korang musti ingat lagu kecik2 dulu
lagu Anak Kambing Saya
tapi...
lagu ni telah ditukar version oleh anak aku no 2 (aisyah)
aku tak tau mana dia dapat
dan aku tak tau camnela dia leh lagukan camtu
jenuh aku betulkan ajar pelan2
tapi dia akan tetap kata cenggitu gak
ok ni version aisyah
di mana dia adik kambing saya
adik kambing saya
ada di bawah rumah
di mana dia adik kambing saya
adik kambing saya e e e baju merah
MAK MAK LICHAN O OIII
MAK MAK LICHAN O OII
MAK MAK LICHAN ketiponnggg payong..
hahahahaha ni semua version aisyah
aku jenuh la ajar satu2
chan dia pun sebut chan
ma li chan dia pun sebut ma li chan
chan ma li chan..
tapi dia sebut
mak mak li chan
wahhhh mau orang dengar dan tengok dia nyanyi sambil ngan gaya carik kambing tu musti korang ketawa sakit perot punyalah... adik-adik aku... mak ngan abah pun ketawa tengok si aisyah ni nyanyi... tapi dia dengan selambanya je nyanyi version dia...
notakaki: aisyah ni banyak beno akal dia....
Hee...
seperti biasa hari-hari ku memang kelam kabut
ye dan telah dimaklumkan juga aku yang kendalikan rumah
dan juga anak-anak
tapi bila selesai kita akan rasa tenang, lega dan suke
yang amat penting sekali
puas hati
semenjak kejadian aku lupe bagi duit kat dia
dalam beg dia memang ada duit spare
so kalau aku lupe bagi pun
dia ada duit dalam beg dia
tapi tiap-tiap pagi aku still bagi duit kat dia
pagi tadi dia amik sendiri duit belanja dia kat poket lapik peti sejuk
dia dah tahu tempat dia
senang aku... cume perhatikan saja
pagi ni dia kata kuku dia panjang
ok aku ketipkan...
sekali dia tegur da...
IBU... KUKU IBU PUN PANJANG...
muweh weh weh... aduhh sekali terkena ngan anak sendiri daaa...
notakaki: kadang tak sempat nak uruskan diri sendiri
Jumaat, 14 Januari 2011
MenCEmaSkan aJa...
pagi ni aku sampai tepat jam 8.00 pagi
on PC... lepak jap
pastu gi cafe..
aku manalah sangat nak bawak hp ke cafe ke
hantar fail ke
tak koser ko
sekali aku sampai je bilik tengoklah hp mana tau kot2 bos tepon
sekali
bukan bos yang tepon
tapi ada sms
kata cikgu aisyah
sms tu (salam, saya cikgu nik aisyah sofea. pagi ni dia tak sihatla. tadi dia muntah. kalau boleh nak minta puan ambil dia awal boleh)....
haih mencemaskan aku saja..
aku call tak diangkat
banyak kat aku call
haih
aku call hubby plak sruh p amik
haih dia di kedai plak... lepas minum pagi
haih lagi
last sekali call lagi cikgu tu..
haih memang tak angkat dan dah di off ke
cheh haih lagi..
aku pun sms...
pastu cikgu balas kata sory tadi dia bz..
haih... bzzz...
notakaki: tadi aisyah ok ja..
UJan & MeNdunG
ujan dan mendung di pagi hari...
korang...
bila ujan dan mendung di pagi hari ni kadang mempengaruhi emosi kita
kadang kita pun ikut sama mendung
kadang kita pun ikut sama mengantuk
kadang kita pun ikut sama kemalasannya
korang..
ujan dan mendung di pagi hari ni kadang
menyebabkan kita bergegas ke tempat kerja
kadang
menyebabkan kita malas ke tempat kerja
korang
ujan dan mendung di pagi hari ni kadang
sebenarnya
itu semua adalah rahmat dari tuhan..
notakaki: mendung dipagi hari....
Khamis, 13 Januari 2011
SoRy.. IbU LuPeR...
memang menjadi kebiasaan akulah yang akan menguruskan rumah... akulah yang menguruskan anak-anak juga... akulah tukang pemerhati anak-anak juga... akulah cikgu yang garang kepada anak-anak juga... akulah SINGA dan TARZAN kepada anak-anak juga.... kah kah kah... tukang masak apa yang anak order pun aku juga... kadang suke hati je dia orang mengorder apa nak makan...
macam semalam dalam kereta... tetiba si aisyah kata... ibu... aisyah ni dah lama tak makan laksa... dalam hati adeh.. budak ni memang suke mengorder... aisyah kata lagi... ibu buatlah laksa... aku lak haih suke hati je order ye... tapi memang jenis tak sampai hati juga kadang... buat tetap buat.... so malam tadi lepas masak nasik, tengok dan ajar abang long buat kerja sekolah aku terus zassss SUPER DUPER WOMEN & MUM buat laksa...
sebenarnya al kisah super deper women & mum tu akulah tu... kadang kita tetap terlupa... ini kisah hari isnin hari tu.... macam biasa semua dah siap... dah siapkan abang long... aisyah... buku-buku bang long sudah ku check dalam beg untuk kali kedua... buku sekolah pagi dan juga petang... sapu tangan juga telah disediakan.. air untuk bekalan begitu juga.... so siap sarapan tunggu ayahnya... dan terus pergi sekolah...
tapi..... ntah macam mana hari tu pulak hp 012 aku tak boleh buat panggilan huhuhu sudah tamat tempoh maaa.... pastu hp 019 pulak bateri habis maa.... aku memang malas nak charge hp hahahaha.... aku try call hubby... haiiiyaaa... batery low..... try lagi... haiyaaa.... padam terus... aduhhhh... aku terus fikir... haih macam mana abang long nanti... IBU LUPA BAGI DIA DUIT BELANJA.... ok ok tarik napas wokeh... aku biarkan dulu hp tu bateri dia kasi up sket... tak lama pastu aku try call hubby ok ok dapat... aku bagitau dia aku lupe bagi bang long duit belanja.... hubby kata laaa ibu lupa ka.. ya laaa.... lupa... dahtu hubby kata takpa nanti dia p sekolah bang long balik...
nasib baikla sekolah tu dekat ja... dalam satu kawasan pagar sekolah jugak.... tapi al kisahnya...
bang long dah nangis pelan-pelan kat tempat duduknya.... hahahaha... sebabb.... dia takda duit belanja... hahahahaaa.... Sory... ibu lupeee...... haih ibu... ibu...
balik aku tanya bang long nangis ye ibu tak bagi duit... dia angguk2... tanya lagi.. cikgu ada tak masa tu... dia kata takda.... tanya lagi nape nangis... abang seluk poket takda duit... aiyooookkkk.... haih kesian... aku rasalah kan musti dia pk.... apalah dia nak makan tengahari ni... musti lapa... kekekeke...
notakaki: sejak hari tu memang ada duit spare kat dalam beg dia... so kalau aku terlupa dia leh amik duit spare tu.....
SaBaR
salam korang
SABAR...
sabar ni haih ada berjenis pulak
sabar sikit dan sabar banyak..
ada orang kata
bawak bersabar... sabar banyak-banyak ya...
sabarrrr.....
semua tu bernada... tiap nada lain maksudnya
yelah... dalam kehidupan seharian kita ni
memang kena bersabar...
dalam doa selepas sembahyang pun musti korang berdoa
ya allha kau kuatkanlah hamba mu ini..
berikanlah kesabaran di dalam menghadapi ujian di dunia ini
Insya Allah... tuhan beri kesabaran kepada kita
korang
cuba korang tengok dan renungkan...
sabarkan diri korang menghadapi beberapa perkara selama hidup ini
musti korang ada menangiskan
untuk menempuhi kesabaran itu
tarik napas kadang-kadangkan... :)
korang..
dalam mendidik anak-anak juga perlu kesabaran
kalau dulu mak abah kita menjaga kita
sekarang kita pula menjaga anak-anak kita
wah betapa maha dahsyatnya kesabaran ini
korang..
jika rasa kesabaran kita tu hilang
apa kata korang tarik napas pelan-pelan
istifar banyak-banyak
kadang bila kita tak sabar
perkataan yang tak sepatutnya tu akan keluar
korang perasan tak
sebenarnya perkataan itu adalah doa
nauzubillah...
mungkin perkataan tu boleh menyakitkan hati seseorang
haih kasihannya...
notakaki: sori ni hanya bebelan pagi
Selasa, 11 Januari 2011
WaLL StiCker
korang korang....
korangkan musti suke wall stickerkan...
tipula kalau tak suke betul tak..
kadang tu musti kita geramkan tengok wall sticker ni
haih mana taknya
santek-santek kan...
mabeles la kalau rumah kita cenggitu kan
hahahahaha
hari ni kita ada jumpa satu blog tu...
blog tu dia jual sticker sesantik wooo
cube singgah SINI
korangkan musti suke wall stickerkan...
tipula kalau tak suke betul tak..
kadang tu musti kita geramkan tengok wall sticker ni
haih mana taknya
santek-santek kan...
mabeles la kalau rumah kita cenggitu kan
hahahahaha
hari ni kita ada jumpa satu blog tu...
blog tu dia jual sticker sesantik wooo
cube singgah SINI
ni amat santek jika diletak di ruang tamu alalalaala
ni kalau letak kat dalam bilik... alahaiii
yang ini juga... addduuuhhh..
ni decorate kat dalam bilik anak walaupun bilik anak aku pun dan didecorate ngan stiker...
cantik jugakkkk....
notakaki: korang tengok sendirilah lagi... gile aku tengok ni ha... mau bulan depan akan dirembat... ahaks..
Isnin, 10 Januari 2011
SeMinggU iNi
seminggu ini ku rasakan nak lompat bintang
seminggu ku rasakan akulah boss
seminggu ini ku rasakan.... haih dunia ini ana yang punya
seminggu ini ku rasakan... suke hati aku le
seminggu ini....
Jumaat, 7 Januari 2011
ReZeki BesaR di BulaN JaNuari..
hehehe sesaje je kan... tu pun nak citer...
tapi yang bestnya..
ujung bulan ni opkosla dapat gajikan
tapi aku ada main kutu...
ujung bulan ni aku dapattt.... weeee...
tapi tadi aku dapat lagi... hehehehe
cek insurans... haih... suke
RenTEtaN PemPuAn Ngandung - Part 2
rentetan citer aritu pasal kata yang pempuankan ngandong.... ni citer keesokan harinya..
waktu kejadian adalah di depan TV... masa tu tengah tengok cerita drama TV3 - Air Mata Salina kot tak hengat dah namanya
aku : tengah tengok citer tu
aisyah : memerhati babak tersebut dengan tajam... (agaknya dalam otak dia musti berjalan-jalan)
tetiba
aisyah : ibu nape dia tu... nape orang tu... dia tengah buat apa
aku : ooo.... dia nak kuarkan baby la tu... kan aisyah jugak yang kata pempuan kan ngandung...
notakaki: aku sebagai ibu kena pk ayat yg terbaik dan zasss terus bagi jawapan yang bernas
Chip... Chipp
pagi tadi semenatara nak tunggu En hubby sampai untuk menghantar aku ke tempat keja dan aisyah ke tadika... aku bersembang-sembang dulu ngan aisyah
aisyah : chipp...chippp...chipp... (sambil mengepak-ngepak tangannya meniru gaya burung)
aku : aisyah buat apa tu
aisyah : bunyi burunnngggg
aku : oooo buuuurrruuunnngg... aisyah burung makan apa
aisyah : dia makan ulat...
aku : ooooo ulat yee... dia ada makan lain lagi tak
aisyah : ada.... dia makan siputttt
aku : ooo burung ada makan siput ye.... aisyah ada nampak ke dia makan siput
aisyah : aisyah takdalah nampak....
aku hanya tersenyum simpul..
notakaki: makan siput sedut pon sodap
Khamis, 6 Januari 2011
TaKda EmoSI
kadang aku memang takda emosi... kadang???? kekekeke banyak jugakla
kadang orang marah aku pun aku buat tak tau... maksudnya aku dengar situ... sengeh... dan biarkan ianya berlalu....
agak payahla aku nak amik benda tu jadik berat untuk pala otak aku ni... huhuhu
notakaki: mintak mahap... aku mmg telah ditrend oleh abah jadi cenggini... dulu dah puas kena marah.. saya adalah anak anggota polis yang garang
Rabu, 5 Januari 2011
HeRan bin AjAib
aisyah pun dah bersekolah tahun ni.... dia masuk tadika kemas.... aku memang bekalkan dia botol susu sebab dia memang still minum susu lagi... tapi masa start hari pertama sekolah... balik aku tengok botol susu yang aku bekalkan dalam beg tidak dibancuh susu dan masih berkeadaan serupa seperti pagi tadi.... aku tanya pada aisyah...
aku : aisyah tak minum susu ke
aisyah : tak
aku : napa tak minum? aisyah tak mintak ke? cikgu tak bancuh ke? (bertalu2 soklan aku tanya)
aisyah : sebab.... aisyah tak nak...
aku masih berperasaan pelik
hari kedua
aku still bawakkan lagi botol susu dia... tapi masa balik sekolah tu aku tengok cikgu tu bagi balik tin susu... dan aku tengok keadaan botol susu aisyah... ait... tak minum ke budak ni....
aku : aisyah tak minum susu ke?
aisyah : aisyah tak naaakkkk... (panjang jawapan dia)
aku : sebab??
aisyah : sebaaabbbb aisyah malu...
ayah : malu??? malu kenapa??
aisyah : seeebaaabbb nanti kawan-kawan aisyah nampak....
aku : kawan aisyah tak minum susu ke?
aisyah : taaakkk.... kawan-kawan tak minum susu pun
ayah : ooohhh... aisyah malu.... dulu aisyah tak malu pun
aisyah : seeebbbaaabb aisyah dah besar... aisyah minum kat rumah je
notakaki: dia memang suke guna perkataan SEBAB
DiaLoG Anak-AnaK
seperti biasa... aku akan menemankan anak-anak aku masuk tidur setiap hari sehingga mereka lena.... selepas beberapa soalan di tanya oleh si abang aku pun berkata..... dah la bang long tido la banyak betul tanya... hahaha... (letih wo menjawab soklan-soklan yang kadang-kadang cepu emas gangsa perak celup)
tapi tetiba...
abang long : ibu.... nanti kita ada baby ke
aku : mana ada la bang long... memandai je..
tapi lagi tetiba
adik : pempuankan ngandong....
aku : haih amatlah terkejut dan terus terbeliak bijik mata yang tadinya memang terkuap-kuap ngantok
notakaki: sapalah yang dok ajar dia.... haih...
TaHun BaRU 2011
walaupun hari ni dah hari yang ke 5... tak kisah la nak cerita pasal tahun baru pun... hehehe...
bila tahun baru je orang akan tanya apa azam tahun baru... azam aku tahun baru ni?.. ntah... tak tau sama ada itu ada azam atau ape... tapi yang pasti azam kot... jangan pening ye kalau baca ayat tunggang langgang ni..
apa yang aku mahu sepanjang tahun 2011
- kena bangun awal dari jam biasa sebab nak siapkan sarapan pagii untuk anak sekolah. dan makan tengahari.. beberapa harini adalah berjaya... yang amat best sekali adalah... jimat perbelanjaan aku untuk sarapan pagi... weeee amat suke..
- rasanya kena jadi ibu dan cikgu sambilan yang garang(perlu ke??? perlu jugak + tegas) .... memandangkan kedua-dua anak aku dah bersekolah...
- ektibiti bershopping online kena dihadkan... pastu kena buat-buat pejam mata okeh... sebab nak bajet
- line internet di rumah telah ku berhentikan.. hahahaha sebab... tak moh anak asik main game je...
- lagi erm... ntah.. la
notakaki: kalau tiap2 tahun azam sama pun tak kisah
Langgan:
Catatan (Atom)