Rabu, 9 Mac 2011

HaDirmu TakDirku... & DoSa SeMaLam..

pepagi tadi udah dapat ini novel ya..
amat suka sekali
kan aku dah kata... aku akan terjebak beli2 novel ni balik
nah...  kan betul...
aku beli online kat Kakinovel
kalau korang nak beli pun sila klik kat situ ya
murah tau
pastu jadi ahli dapat pulak diskaun
pastu pulak charge penghantaran tidak dicharge...
sukeee sangat
sebab ia cepat.. ia murah... dan ia senang...
so aku baru order 2 buah buku tu...  









Dosa Semalam

RM19.00
ISBN: 978-967-5067-50-1
SEMENANJUNG: RM 19           AHLI KN: RM 15
SABAH/SARAWAK: RM 22 AHLI KN: RM 18

Hanim terbuang dari naungan kasih ayah dan bonda akibat perbuatan keji Ariff yang merogolnya hingga mengandung. Mujurlah ada insan yang sudi menghulurkan tangan, menyambut Hanim dari terus rebah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Di Rumah Kasih Sayang, Hanim membina semula semangatnya yang menghilang.
Kehadiran permata hati mengubat duka, walaupun kelahirannya tidak sah di sisi undang-undang. Kasih dan sayang dicurahkan kepada Aidil, namun ada batasnya.

Enam tahun memperkasakan diri, Ariff tiba-tiba muncul semula lalu mengocak ketenangan hati  Hanim. Hanim tidak betah melarikan diri daripada Ariff kerana tuntutan kerja memaksa mereka untuk bekerja bersama-sama.

Ariff yang sememangnya sedari mula mencintai Hanim cuba untuk menggapai semula kasih Hanim demi menjernihkan suasana. Berjayakah Ariff menghapuskan dosa semalamnya? Akan terbukakah pintu hati Hanim untuk memaafkan Ariff? Bersediakah Ariff memikul tanggungjawabnya sebagai ayah kepada Aidil?

Semuanya bakal terjawab di dalam DOSA SEMALAM….
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hadirmu Takdirku

RM18.00
Harga Semenanjung:    RM18 Ahli KN: RM14
Harga sabah Sarawak: RM21 Ahli KN: RM17

Percintaan yang terjalin di antara Hana dan Jeffery telah terjadi tanpa diduga. Perbezaan taraf hidup merupakan penyebab utama mereka terpisah dan dipisahkan. Masing-masing membawa diri dengan dendam yang membara di hati kerana menyangka cinta mereka telah dikhianati,
Hana telah memulakan hidup baharu dengan karier mencabar, menjadi buruan ramai peminat. Dia telah menukar nama dan identitinya lantas tidak lagi memandang ke belakang.
Jeffery pulang ke tanah air setelah tujuh tahun hidup di US. Dia dikejutkan dengan kehadiran seorang kanak-kanak yang mengakui dia sebagai papanya. Di mana  mamanya? Kenapa Jeffery tidak tahu mengenai anak ini? Jeffery terpaksa mencari Hana demi memenuhi permintaan anak kecil itu.
Pertemuan semula  di antara Jeffery dan Hana telah merobek luka lama, lalu membuka semula kisah silam… kisah  kekejaman manusia memisahkan cinta demi nama dan harta!
 
 
 
 
 notakaki:  jeng jeng jengg... bakal kumpul balik..
 
 
 

3 ulasan:

.:Yana:. berkata...

mesti dah banyak kumpul novel ni kan??
kalo org, x dan nak bace kak..beli majalah pa&ma pun x dan dan nak bace..

join contest jom..

http://sayangdhia.blogspot.com/2011/03/contest-gaya-manja-si-anak.html

Unknown berkata...

tak jugak... baru nak berjinak balik... dulu masa bujang bole la jugak

contest ni ye... nanti carik gambar yang ada

RinsyaRyc berkata...

hehe.. dh bace dua2 novel tu..

singgah di blog saya~~


http://kacamatapembaca.blogspot.com/

tq ^^