Rabu, 23 Mac 2011

KeaDaan JaLan di AloR STar

balik kampung hari tu
anak buah dah sms kat aku ni ha mak ndak dia
terlebih dahulu
dia kata kalau sampai sana 
kena hati-hati jalan tak berapa betol
jadi aku pun maklumkan ja kat en suami

memang setibanya kat sana..
betul la apa yang dikatakan 
banyak betul susunan kon merah dan putih di jalanan
sebenarnya dia orang nak memperlebarkan jalan
dari satu lorong kepada dua lorong

kon-kon tu disusun tak berapa rapi
tak pasti sama ada kon tu disusun oleh pekerja
atau kon tu telah banyak diubah oleh penduduk setempat
tapi yang pasti setiap kon ditepi2 jalan dan simpang
banyak telah diubah
aku rasa ni semua penduduk yang ubah
sebab
ye memudahkan laluan mereka untuk masuk dan keluar

bukan nak mengata tapi memang aku nak kata
hahaha paham tak
tak tau la kenapa
kadang sikap dan perangai pemandu di kampung ni
meraka ni tak tau bahaya ke
kadang yang mana bawak motor tu boleh bawak tengah2 jalan
heyyy ingat tu jalan... jalan BAPAK AWAK KE

sori sekadar menggunakan ayat yang biasa orang guna
kalau terjadi sedemikian rupa
kan kan kan betul tak

memandangkan kon-kon tu memang banyak di jalan raya
maka....  pemandu luar pun banyak keliru keadaan jalan
tunjuk arah juga kurang.....  
banyak juga kemalangan yang berlaku

anak sedara aku pun terbabit juga di dalam kemalangan di kawasan tu
dia naik motor
sekali terbabas...

di satu kejadian lain
trealer tu seret penunggang motosikal tu
tak tau mana dan siapa yang salah
tapi yang pasti kalau trealer kita sedia maklumkan
kalau dia nak kona tu musti dia kona patah
so janganla sekali kali atau berani nak follow terus trealer tu kalau dia tengah dok kona
karang akibatnya masuklah korang kat bawah trealer tu
ada PAHAM ka ape aku bebel neh

sib baik ada orang lain nampak
sambil menjerit kat pemandu trealer tu
yang dia tengah dok seret orang
kalau orang tu tak menjerit
apa jadi
alamat mayat tu diseret lebih jauhlah gamaknya...

heh ngeri kan


notakaki:  pernah nampak sendiri kejadian kancil follow treler nak kona then masuk bawah trealer terus kemek maaa...


Catat Ulasan