Selasa, 29 Mac 2011

BILer EN boSS TiaDa

bila en boss tiada
banyak juga urusan yang perlu dibuat
time ni la ada urusan
time boss ada memang takda

so memang senang sket

jap lagi nak keluar
nak p maybank..
nak tengok balance kereta
tak ingat bulan berapa last
yes yes yes...
kereta nak abis bayar

pastu nak p daftar aisyah sekolah Pra Sekolah
haih kejap je rasa anak dah besaq2...



notakaki:  jom kita keluar

Isnin, 28 Mac 2011

SaYer SeNYoooMMMM

yeayyyyyy senyooomm
senyoomm
terusszz senyoommm

senyum seindah suria
yang membawa cahya
senyomlah dari hati 
dunia mu berseri

terus terus terus... sapa tau lagu senyom terus nyanyi eh

hahaha...  pesal aku citer pasal senyom nehhh




 nak senyom cenggini ke....






 nak senyom macam gini ke...  ada makna nehhhh heheheh




atau pun cenggini hahahaha.... shomel jugak...


notakaki:  bebenornya en boss nak p outstesen... yeeaahhhh seminggu tuuu


Jumaat, 25 Mac 2011

TiaDa MaKan MaLam

say no tu makan malam
hahahahah
kelakos jes kan kan kan

nak tau nape jadik begini
pada mulanya...
en suami pun ada kata..
haih rasa tak nak la makan malam
aku kata pesal
dia kata dah gemukla
aku kata okla sekarang ni
jangan la kurus sangat
hahahahha
sebabnya...
sendiri pk la

pastu yang leh jadi dia nekadnya
sebab anak buah aku tu kata
pak ndak... sekarang pak ndak dah gemokk
alah lah lah lahhh...
sebab anak buah kata ja terus dia kata
ibu... malam-malam jangan masak dah
kalau ibu masak ayah makan
muweh weh weh

see u see...
en somi kata jangan masak u
hahahahah
tapi i still akan masak
tapi tok anak-anak ja
then apa lagi aku pun sahut that cabaran
tak masak wokeh

en somi kata takpa
petang-petang dia nak makan kenyang2
hahahaha
u see again.. camna nih
hahaha

apa pun 1 hari tak makan nasik malam
udah mencapai matlamatnya
jadik aku pun kena follow maaa


notakaki:   aduh selama ni makan ja nasik...

Khamis, 24 Mac 2011

5 NOVeL... DinAnti..



ahaks..
kan dah kata dah..
hantu ni dah naik balik
sedang menanti 5 buah novel sampai ke tangan wokeh..
maybe minggu depan









notakaki:  tubs up la...

Rabu, 23 Mac 2011

KeaDaan JaLan di AloR STar

balik kampung hari tu
anak buah dah sms kat aku ni ha mak ndak dia
terlebih dahulu
dia kata kalau sampai sana 
kena hati-hati jalan tak berapa betol
jadi aku pun maklumkan ja kat en suami

memang setibanya kat sana..
betul la apa yang dikatakan 
banyak betul susunan kon merah dan putih di jalanan
sebenarnya dia orang nak memperlebarkan jalan
dari satu lorong kepada dua lorong

kon-kon tu disusun tak berapa rapi
tak pasti sama ada kon tu disusun oleh pekerja
atau kon tu telah banyak diubah oleh penduduk setempat
tapi yang pasti setiap kon ditepi2 jalan dan simpang
banyak telah diubah
aku rasa ni semua penduduk yang ubah
sebab
ye memudahkan laluan mereka untuk masuk dan keluar

bukan nak mengata tapi memang aku nak kata
hahaha paham tak
tak tau la kenapa
kadang sikap dan perangai pemandu di kampung ni
meraka ni tak tau bahaya ke
kadang yang mana bawak motor tu boleh bawak tengah2 jalan
heyyy ingat tu jalan... jalan BAPAK AWAK KE

sori sekadar menggunakan ayat yang biasa orang guna
kalau terjadi sedemikian rupa
kan kan kan betul tak

memandangkan kon-kon tu memang banyak di jalan raya
maka....  pemandu luar pun banyak keliru keadaan jalan
tunjuk arah juga kurang.....  
banyak juga kemalangan yang berlaku

anak sedara aku pun terbabit juga di dalam kemalangan di kawasan tu
dia naik motor
sekali terbabas...

di satu kejadian lain
trealer tu seret penunggang motosikal tu
tak tau mana dan siapa yang salah
tapi yang pasti kalau trealer kita sedia maklumkan
kalau dia nak kona tu musti dia kona patah
so janganla sekali kali atau berani nak follow terus trealer tu kalau dia tengah dok kona
karang akibatnya masuklah korang kat bawah trealer tu
ada PAHAM ka ape aku bebel neh

sib baik ada orang lain nampak
sambil menjerit kat pemandu trealer tu
yang dia tengah dok seret orang
kalau orang tu tak menjerit
apa jadi
alamat mayat tu diseret lebih jauhlah gamaknya...

heh ngeri kan


notakaki:  pernah nampak sendiri kejadian kancil follow treler nak kona then masuk bawah trealer terus kemek maaa...


MInTe DiIsi..

oh oh oh pewot
kriioookkk
kriiioookk
minta diisi

pagi ni sampai ke opis terus buat kerja
sebab nak bagi tau boss ada meeting petang ni
yang semalam tak sempat bagitau

semalam boss balik kol 11.00 malam
sian dia tau
sapa tau dia balik malam
orang tak tau

tapi meh aku bagitau
ahaksss

nak p mana ni pewot bunyi minta diisi..



notakaki:  jom beli sarapan

Selasa, 22 Mac 2011

KeLam KaBut

minggu yang aku cuti hari tu..
en boss kata 
banyak perkara yang besar terjadi
banyak perkara yang GEDEBOM terjadi
wallah

tapi serios tau korang
time aku cuti la
ada ja perkara yang GEDEBOM
time tu la kelam kabut
time tu la nak jadi macam-macam
dah banyak kali dah ni
bukan sekali

tapi semua time aku cuti panjanggggg.
kesian sama en boss
dia bercerita...

tapi..

en boss... saya tetap nak cuti jugakk
hehehehe


notakaki:  betuah punya anak buah.. ahahaha

Cuti HaRI tu...

cuti hari tu... 
banyak yang di plan
banyak yang tak jadi
dan banyak juga
yang tak diplan
yang jadi... biasala kan

cadang nak balik Putrajaya hari Khamis
tapi kena balik hari Sabtu malam..
penat wo...
dari Putrajaya kami bertolak malam dalam pukul 9.30 malam
hujan kejap renyai.. kejap lebat sikit... kejap berhenti... dan seterusnya
sepanjang perjalanan... biasala ada yang bawak laju... dan terlalu perlahan

sedang berbual2 sambil dengar radio...
waaaa.....  lajunya kereta waja tu...  selit dan terus selit dan hilang
husband terus dengan pemanduan
nak tau apa jadi
kereta waja yang kami kata tadi accident u...
jem seketika kerana masing-masing nak tengok kan
teruk jugaklah waja tu..
tak tau la wife dia ka..
makwa dia ka
yang aku nampak perempuan tu sure patah tengkok ka leher ka
ntahla... tapi dia pakai menda alah tu kan... sori tak hengat nama dia

bila penat je kami tido dan rehat..
tido dan rehat...
sampai Kedah pun dalam pukul 8.30 gitula..
tu pun hari masih hujan...


sekian la takat ni... nanti sambung lagi

Jumaat, 11 Mac 2011

Bye-Bye...

jumpa korang semua minggu depan ye..

bubaiiii...

PerJalanan YanG JauH

oh oh oh... malam ini adalah satu perjalanan yang jauh..
jauh ke... hehehe.. memang jauh pun
ingat dekat ka... adeh deh deh
malam ni juga tak pernah-pernah naik kancil
akan naik kancil untuk perjalanan yang jauh itu..

untuk perjalanan yang jauh ni sebenarnya kena ready semua barang
tapi..
1.  baju aku, en suami dan anak-anak tak siap lagi... huwa....  
2.  charger... barang2 keperluan
3.  kasut sekolah anak kena basuh siap-siap
4.  kena bawa beberapa buku sekolah sebab naik cuti ada ujian
5.  nak beli jajan lagi nak makan dalam kereta
6.  kat seat blakang nak buat tempat tido pun tak buat lagi...  

apa lagi ek..

yang pasti SEMUANYA aku tak buat lagi........  siapa gak yang kena nanti...  
sapa lagi kalau tak AKU LER...  oh oh oh...



notakaki:  semuga perjalanan kami dipermudahkan... amin..

Khamis, 10 Mac 2011

MintaK-minTak

ya Allah
mintak-mintak lah bos luluskan cuti aku 
bos tengah tengok surat2 tu
aku tak bagi tau dia pun
dia baru balik dari bengkel..

aku selitkan je... 
apply guna HRMIS...


aminn...

Rabu, 9 Mac 2011

HaDirmu TakDirku... & DoSa SeMaLam..

pepagi tadi udah dapat ini novel ya..
amat suka sekali
kan aku dah kata... aku akan terjebak beli2 novel ni balik
nah...  kan betul...
aku beli online kat Kakinovel
kalau korang nak beli pun sila klik kat situ ya
murah tau
pastu jadi ahli dapat pulak diskaun
pastu pulak charge penghantaran tidak dicharge...
sukeee sangat
sebab ia cepat.. ia murah... dan ia senang...
so aku baru order 2 buah buku tu...  









Dosa Semalam

RM19.00
ISBN: 978-967-5067-50-1
SEMENANJUNG: RM 19           AHLI KN: RM 15
SABAH/SARAWAK: RM 22 AHLI KN: RM 18

Hanim terbuang dari naungan kasih ayah dan bonda akibat perbuatan keji Ariff yang merogolnya hingga mengandung. Mujurlah ada insan yang sudi menghulurkan tangan, menyambut Hanim dari terus rebah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Di Rumah Kasih Sayang, Hanim membina semula semangatnya yang menghilang.
Kehadiran permata hati mengubat duka, walaupun kelahirannya tidak sah di sisi undang-undang. Kasih dan sayang dicurahkan kepada Aidil, namun ada batasnya.

Enam tahun memperkasakan diri, Ariff tiba-tiba muncul semula lalu mengocak ketenangan hati  Hanim. Hanim tidak betah melarikan diri daripada Ariff kerana tuntutan kerja memaksa mereka untuk bekerja bersama-sama.

Ariff yang sememangnya sedari mula mencintai Hanim cuba untuk menggapai semula kasih Hanim demi menjernihkan suasana. Berjayakah Ariff menghapuskan dosa semalamnya? Akan terbukakah pintu hati Hanim untuk memaafkan Ariff? Bersediakah Ariff memikul tanggungjawabnya sebagai ayah kepada Aidil?

Semuanya bakal terjawab di dalam DOSA SEMALAM….
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hadirmu Takdirku

RM18.00
Harga Semenanjung:    RM18 Ahli KN: RM14
Harga sabah Sarawak: RM21 Ahli KN: RM17

Percintaan yang terjalin di antara Hana dan Jeffery telah terjadi tanpa diduga. Perbezaan taraf hidup merupakan penyebab utama mereka terpisah dan dipisahkan. Masing-masing membawa diri dengan dendam yang membara di hati kerana menyangka cinta mereka telah dikhianati,
Hana telah memulakan hidup baharu dengan karier mencabar, menjadi buruan ramai peminat. Dia telah menukar nama dan identitinya lantas tidak lagi memandang ke belakang.
Jeffery pulang ke tanah air setelah tujuh tahun hidup di US. Dia dikejutkan dengan kehadiran seorang kanak-kanak yang mengakui dia sebagai papanya. Di mana  mamanya? Kenapa Jeffery tidak tahu mengenai anak ini? Jeffery terpaksa mencari Hana demi memenuhi permintaan anak kecil itu.
Pertemuan semula  di antara Jeffery dan Hana telah merobek luka lama, lalu membuka semula kisah silam… kisah  kekejaman manusia memisahkan cinta demi nama dan harta!
 
 
 
 
 notakaki:  jeng jeng jengg... bakal kumpul balik..
 
 
 

Isnin, 7 Mac 2011

Mate.. oh oh mate...

sekarang ini
di kala ini
mata ku..
oh oh mata ku...






mau katup...
berat sudah..


oh oh mate ku..
kat luar plak..
guruh berdentum2...
aircond dah rasa macam tahap beku jekk





dapat tido cam baby ni kan comei...



notakaki:  oh oh oh




Jumaat, 4 Mac 2011

KaSUt....

semalam ngan hari ni kat opis ada jualan
so macam-macam ada
bila dah macam-macam ada
mata ni pun macam-macamla 

hahahah aku rasa korang paham kan
hasil pembelian takla berapa banyak

semalam beli roti = RM9

hari ni 
kismis dan kacang  = RM12
baju aisyah             = RM12
kasut                      = RM30


hehehee....  
kasut ni spesel
sekali pandang ejaan macam CROCS
wallaaaa
tapi dua tiga kali pandang
CROOS...
hahahahhahah...

ada aku kesah... 
kasut ni best woo
sedap..
selesa


notakaki:  tak kesah kasut brand apa pun...



MeLur JeliTa DaTang.. Jeng JenG JEng


salam semua... beberapa hari ni aku asik post contest ajer kan
sure korang perasan kan
tapi hari ni aku post.. 
Melur Jelita Datang... Jeng Jeng Jeng..


Melur jelita ni nama blog ja..
nama tuan punya blog saya panggil kak Laili 
mula kenal dulu masa kat Ratuhati..
tapi lebih terjebak adalah semasa di Facebook


blog beliau ni banyak cerita-cerita 
teladan... nasihat.. pengalaman..
tak rugi la kalau singgah blog ni...
suke sangat-sangat ngan blog ni
ngan tuan dia sekali pun suka




kalau nak singgah meh klik SINI
boleh baca syaratnya juga ya...
apa lagi
mari mari mari mariiiii....
tarikh tutup 15 Mac 2011



notakaki:  mari mari mari...

 

Khamis, 3 Mac 2011

PeTai


wahhhh petai.... hahaha tapi ni tak fresh ni...  gambar dari en google



pete pete pete pete
hai petai petai petai petaiiii
aiyakkk
sekrang rasanya musim petai kan
haih sungguh teringat-ingat petai 
di kampung mak mertua ku
kat kampung ada beberapa batang pokok petai
pak mertua selalu gak juai

yang bestnya... 
petai kat kampung tu
buah dia rapat-rapat..
besar-besar..

wahhh
syioookk ooo makan petai
yang fresh2 lagi plak tu
yang baru turun dari pokok tu 
haihhh

yang bestnya kalau petai tu dibakar...
perrgghhhh
walllahhh
jadi rasanya bau busuk tu kurang dah
tapi ni ha nak chreta..
kerangupan dia krup krupp
rasa macam makan kacang jaaa

kalau aku balik kampung
mak mertua ngan pak mertua
yang menantu dia ni memang makan petai
jadi
mereka suruh aku buat
sambal petai
masak lemak petai
petai jerok
petai bakar..
aku pun apa lagi suke wehh sukeee...
sesambil tu ambil hati mak mertua kan...
ahaks...tipss tu tauu





ni pun dari en google... wahhh bestttnyaa sedappp



notakaki:  tak sabar nak balik cuti nih niii

MeLoncaT KerETa..

pagi tadi macam biasa
aku memang hantar aisyah dulu
aku memang seorang yang berhemah
cewah cewah
ye ye oo je kan 
tapi... 

pagi tadi lepas hantar aisyah aku dah patah balik ke rumah
oh tempat parkir aku ada orang blok kat situ
dia lepak ngan motor dia plak
masa tu en suami pun ada sama

aku pun p la parkir tempat lain
tapi 
tetiba..
BUUukkk..
aiyoookkkk kereta aku naik atas bumper tu da
tapi turun balik...
ada gak la batu tu pecah sket
hahahahha
aku pun terkezut
aku tersalah tekan minyak.. 
aku rasa aku nak tekan brekk
wallaaaa

nasib baik en suami tak marah
tadi dia ketawa2 jaa
pastu kawan dia pun p tengok sama
hahahahahah jugak
adehhh
ampun ye tuan
en suami kata macam mana ibu ni
haih ntah tak tau
dia pun kata tu tekan minyak lebih la tu
tu bahaya kereta oto ni dia kata

pastu en suami kata
ha sekarang ibu dah tau kan 
bahaya keta oto ni kalau tak hati2
hahaha
ye baru saya tau
sekarang hati2 dia kata
wallahh
baik sungguh en suami saya


notakaki:  terkezut saja


Rabu, 2 Mac 2011

SaPa Nak HaDIah GA 'CooL WiF SunGLasS'





 ya ya ya...
mai rapat lagi... 
sapa lagi mau join ini contest...
mau join sila klik pada gambar tersebut ya

takda sapa-sapa yang mengetag saya
sebab saya just BW ajer 
then terjumpa
terus mau join...

tarikh totop:  19 Mac 2011


saya pertaruhkan ini gambar


*
*
*
*
*
*
*
*




taraaaa.... ni gambar anak ibu yang no 2
Nik Aisyah Sofea namanya
tapi gambar ni masa umur dia
2 tahun lebih tak salah aku la time ni
tu sepek mata mak usu dia... 

mula-mula kasi dia pakai masa nak amik gambar
sekali masa tengah nak snap
hait dia buat gaya cenggitu pulak
ala-ala model pulak cenggitu
hiks..
so layan.....  


jadi saya pula mengetag:
1.  YANA
2.  AIYUN
3.  FIEZA

JaNgAn PanDanG KameRa ConTesT..


mai dekat mai dekat..
mai rapat.. mai rapat...
hahaha takda juai pa pun...
cuma nak bagitau..
ni ada contest... sapa nak join meh join
aku pun join dan ni first taim nak joint contest2..
selama tak pernah dan tak nak amik tau
kebizian wokeh..






Syarat-Syarat :

1. Jadi FOLLOWER blog INI. - SUDAH

2. Buat entry dengan tajuk contest----> JANGAN pandang camera!!! - SUDAH

3. Pilih 1 GAMBAR sahaja. tak kisah la gambar sorang2 @ ramai2..gambar candid ke atau gmbr dari tepi@belakang ke...boley jer...yang penting JANGAN pandang camera okeyhhh!!! Letak banner di atas di dalam entry anda dan link kan terusss ke entry contest ini.
4.Kalau boleh letak lah banner contest ni kat sidebar sekalii...he3 - SUDAH

5. TAG sekurang-kurangnya 3 orang blogger (lebih lagi digalakkan) dan pastikan mereka tahu.

6. Tinggalkan LINK entry penyertaan anda pada bahagian comment entry ini.



maka al-kesahnya saya mempertaruhkan gambar di bawah...........

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"





u see... masa ni ibu suruh pandang kamera...
dia buat tak tau dan buat tak dengar je
jenuh aku menjerit nama dia
aisyah... aisyah... cepatla
ibu nak ambik gambar ni
tengok sini laaa..
dia masih buat tak tau
haih ini budak

terus je aku snap je gambo dia berkeadaan begini
pastu
sekali haih ada plak contest ni..
bole sajaa
apa lagi mau join laaa


jadi sana mengetag rakan blog:

1. YANA
2.  AIYUN
3. YAN




notakaki:  sila ambil perhatian...  jom join ramai2