Rabu, 16 Februari 2011

MaLam Tadi

malam tadi seperti biasa anak-anak aku akan tidur awal
lagi pun esok sekolah kan...
ok dia orang pun tidur dalam kol 9.30 dah senyap...
aku pun berbual kosong dengan en suami sementara 
en suami menunggu rakan untuk melepak di kedai mamak jam 10.00 malam
10.00 malam je en suami pun keluar

jadi aku le sengsorang...  mata belum mengantuk 
jadi aku pun baca-baca majalah je lah sampai jam 11.30 malam
baring-baring goyang-goyang kaki terus lena... 
tapi aku lena dia bilik anak-anak aku lah

tetiba...
aku tak tau sama ada aku bermimpi atau...
tapi aku dah cerita kat AIYUN..
aiyun kata... kak ziah kalau dah bangun tu bukan mimpi...

ntahlah.. 
mulanya aku rasa en suami macam dah balik.
aku rasa macam dengar dia letak barang... 
ye memang dia ada bawak laptop ke kedai mamak tadi
kemudian dalam rasa mamai mamai...  
aku kata alah jap lagi dia kejut lah tu...
rasa macam lama aku tunggu dan pejam
tapi tak da kejut pun..

aku pun bangun... tengok bilik sebelah
ait... takda...
lampu ruang tamu pun gelap lagi...  
hu???  aku mimpi ke??
aku berbaring semula nak nak pejamkan mata semula 
kat bilik anak aku...

tapi lepas tu..
dengar bunyi pintu degang degang..
itu menandakan en suami baru balik..
aku pun diam tido tak larat nak bangun dan buka mata
last sekali dia kejut aku bangun
ok sekian...

pagi masa bangun lupe nak tanya dengan en suami..
tapi dah kol 11.00 pagi tadi baru tanya
sama ada dia ada masuk dan keluar balik
dia kata takde..........


notakaki:  apa perasaan korangg.......




Catat Ulasan