Selasa, 18 Disember 2012

BiLer saYa KuranG BerCakaP


haih tajuk... tak bleh blah ke
tapi betul ye tajuk ni
dah nak hampir sebulan dok kayangan ni
aku adalah kurang bercakap wokeh
berbanding dulu
wahhh keluar je bilik ko boleh jenjalan kat mana je
kat belakang...
kat tepi...
ujung nun di sanaa
semua ada orang tempat nak sembang

sekarang????
adehhh sakit rasanya
rasa basi plak

tapi yang menjadi mangsanya 
ADALAH....
ADALAH....



ADALAH......



anak-anak 
dan 



dannnnn



dannnnnnn


dan orang yang utama 


dia adalahhhhh


ENCIK SUAMI

hahahaha
dia memang terpaksa dengar apa yang aku nak citer
miahahahaha

tapi yang bestnya dia melayan ok
kadang aku diam
dia yang sebok tanya
apa lagi



notakaki:  senyap itu adalah lebih baik......




GaJi dan BoNus


bila gaji dan bonus
macam-macam angan-angan dipasang
kalau pempuan haiii
baju lah... make up ler
rumah nak hiasa apa2lah..


yang penting sekarang ni
aku nak setelkan anak-anak nak sekolah dulu
baju sekolah dah beli separuh
tinggal separu lagi
ait separuh2 plak hehehhe


aritu berabis baru 200 untuk 2 orang
ni nak tambah baju sekolah petang plak
hmm biasalah kan anak2 dah sekolah
peruntukan untuk di awal tahun adalah 
lebih terarah di situ


notakaki:  kengkawan... nak shopping fikir2 dulu....
simpan sket untuk simpanan ye


SeDuT MooD PaGi...


salam siaran...
orang kayangan nak amik sedut mood pepagi ni
bos nan ado...
PAR pun ilang - dia sememangnya cenggitu
mau aja ku ambil tindakan 
cewah aka rasa berkuasalah sangat

minggu lepas aku ada bertanyakan admin
adakah ketidakhadiran kami di atas kayangan ini
tidak dihiraukan
sekali dia ketawa daaaaa
eh betul pe ayat aku
orang kayangan mesti tau maksud aku
hmmmm ntahlah..
hanya integriti dan disiplin diri saja yang menetapkan jiwa seseorang

semalam...
satu perkara yang memang aku akan agak berlaku
itu juga melibatkan integriti dan disiplin diri

hubungan kita dengan bos juga perlu dijaga
walaupun nampak seperti kawan
jangan ingat semua kawan boleh bertepuk tampar
ada pada dan hadnya....

klah...

nanti sambung lagi



notakaki:   lu pikir la sendiri apa yang lu dah buat selama ini..
mau nangis yobbb..... jangan salahkan orang lain... tengok diri sendiri


 
 
 
 

Rabu, 12 Disember 2012

MaCam-MacaM


macam-macam berlaku dalam beberapa minggu ni..
dari aku start cuti sampai sekarang

lepas naik cuti hari tu..
tup tup... aku dapat tukar dan tukar bos wokeh
aduhai... masa hari last tu..
hai tah acane tah air mata terjurai2 terkeluaq 
hahahahha

pastu tak leh tahan dah nak cakap dengan X bos..
pergi cenggitu jelah
haih..

lama weh aku kat Bahagian Perolehan ni..
dari masuk kerja sampai ke la nih
dah 11 tahun...

sekarang  aku duduk di atas kayangan ni
wah dah takde suasana riang ria
gelak ketawa
gosip dah kurang (hiks)


sesekali aku turun jugak di tempat asal
huhuhu paham kan..

tapi satu je 
sekarang ni dah dok atas ni
pelbagai cerita di dengar
apa pun yang kita dengar 
ambil dan jadikanlah iktibar

kadang... cakap-cakap antara kita tu
jadik kan lah pedoman

cewah nak berceramah pulak.



notakaki:  bos takda okeh....  


12.12.12



direct terus...
hari tarikh best lagi...
tapi semalam ada baca dalam sorat khabar
12.12.12 ni tak ramai orang cina nak daftar kahwin
pasal apetah lupe plak..
hahahhaha

k kita tunggu lagi tahun depan 11.12.13......


catatan:  lama tidak bersiaran

Jumaat, 9 November 2012

Cuti Lagi....


minggu depan cuti lagi ye.

cuti 3 hari dapat 9 hari....

sendiri pahamkan..

percutian adalah bermula pada esok tengahari....

kenduri kahwin, balik kampung mak, nenek dan mak mertua

dan yang paling pentingggggggggggggg


jalan-jalan carik makan.....

dalam senarai..

gunung jerai again
langkawi again
air terjun lata apetah kat kedah tu lupeslah..



notakaki:  jalan-jalan 

Rabu, 24 Oktober 2012

BerHati - hati











ok kepada semua..... 

SELAMAT BALIK KAMPUNG...........

SELAMAT HARI RAYA KORBAN.......




notakaki:  kedai tutup wokeh




HasiL ReMbaTan...


ye yehhhh
kan gaji dah dapatkan
meriah kan
nak raya kannnn



so hasil rembatan hari ni 



belian online







santek tak huhuhuuh



rembatan di AG
kasut cross - RM30
selipar santek - RM14
kacang + asam = RM5


rembatan di opis sendiri

pin - RM13
laksa johor - berapa tah lupe haha




notakaki:  ting ting tinggggggg (RM RM RM RM)




PeManggaNg AjaiB....


mai dekat mai dekat
mai rapat... mai rapat...

ini bukanlah jualan langsung
ataupun
iklan 

tapi ini adalah..
nak cerita aku pun dah beli menda alah ni
tu pun nak cerita..
ate namanya blog...

yep aku dah beli pemanggang ajaib ni
hari isnin tadi dapat dan malamnya terus guna...
aku buat kek coklat...
senang weh serius...
15 minit je dibakar atas dapur gas..




gambar amik kat google jerk..


walaupun rege dia RM129 dalam katalog..
tapi aku dapat RM120 saje
ok le tu kan
tak kose mak nak jadi ahli ke bagai..
kalau jadi ahli lagik murah le regenya....


puas hati dengan pemanggang ajaib ni
setakat ni belum ngetes membakar 
pasal tengah proses melicinkan stok di dalam peti es
al maklumlah nak raya dan cuti kan
so peti es kena kosong... kosong kosong...(mcm najwa latip kate)





notakaki:  ehem kat tempat opis aku ni beberapa orang telah berminat untuk membeli..
anda bagai mana... huhuhu.... cewah macam promoter plak..
serius wehhh....









BiLer Bos TakDe


Biler
macam-macam biler
biler bos takde...
aku malassssss...
biler bos takde...
suke hati aku je nak buat pe...
biler bos takde...
aku merayap...
muweh hahahahaha...
biler bos takde...
sumer kerja aku buat last minit...
biler bos takde...
rasanya sume tempat kat tingkat opis ni aku dah singgah
kat partition... kat bilik..
hohoho... 
biler bos takde..........
syooorrgaaanyaaa...



notakaki:  dasar pekerjakan...

Khamis, 4 Oktober 2012

Sim CarD


herm
tadi jumpa sim card
kat toilet

then
i kutip
 i kutip tapi takle buat rete..


dah tampal kat cermin
notis..
sila call saya..


notakaki:  camne le leh sim card tercicir????

Jumaat, 28 September 2012

BaJeT 2013


hari ni hari bajet 2013
jadi petang ni mai pakai dengaq ramai-ramai
tapi yang pasti mesti nak dengar
tang gajiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii aka bonusssssssssss






notakaki:   TUNGGGGGUUUUU





Khamis, 27 September 2012

NoVeL DaH SamPaiiii



novel dah saaaaaaaammmpaaaaaaiii
sukeeeeeeeeeeeeee



notakaki:  pembacaan akan bermula....

Rabu, 26 September 2012

TeNgah TunGGu Ini


Esok kah lusa kah
tengah tunggu 3 ini..




Biar Cinta Bertaburan


Kalau Memang Harus Begitu
(ini yang utama)


Maaf Jika Aku Tak Sempurna
(ini yang kedua... walau pun tak berapa baru tapi aku tak beli lagi)






notakaki:  mula balik baca novel








MBF CaRd HoLDer PaRt 2


ok ni cerita part 2
rentetan cerita DI SINI

aku call MBF customer careline
tak dapat2
haih geram
pastu email je la
aku email kata


Salam sejahtera.


Di sini saya ingin membuat aduan mengenai mungkin syarikat guaman yang pihak tuan/puan lantik

2.    Untuk makluman pihak tuan/puan, saya telah diganggu selama lebih kurang 2 tahun semata-mata saya menggunakan nombor talian bimbit ini (019-XXXXX).
Saya telah diganggu dengan ayat berikut:

Dear Value MBF card holder MXXXX BIN IXXXX.  kindly call us for further discussion, to avoid accumulation of charges. TQ.

SMS ini telah dihantar dengan menggunakan no 019-2XXXX

3.  Sebelum ini saya telah maklumkan kepada pemanggil saya bukan seperti nama di atas.  Saya turut menghantar SMS mengatakan sila buat rekod yang nombor sekarang bukan MXXX ZXXXX 

4.  Saya cukup rasa tertekan mengenai perkara ini.  Tadi sejurus menerima SMS yang terbaru, saya juga turut menghubungi beberapa kali tapi tiada jawapan dan juga turut dimatikan talian.  

5.  Saya harap pihak MBF mengambil tindakan dan makluman yang sepatutnya.


Sekian, terima kasih.


PENGADU YANG KESAL



wah ayat... hahaha
lantak ko
geram kotttt



notakaki:  nextttttt








AnGin PuSing...



bila angin pusing
datang.........datangggggggg
dan 
dataaaaannnnggg

aiiyoookk
as PA 
sila COOOOOLLLLL

hati kena batu



notakaki:  SEENYYYYYYYYYUUMM

Selasa, 25 September 2012

Tit tit... Tit tit..



tetiba terima satu SMS
tit tit... tit tit..
saje je boh bunyi cenggitu
hahahahah
jangan marah arrr



Assalammualaikum.  Novel pesanan anda telah dipos hari ini.  No tracking XXXXX.
Terima kasih kerana sudi melanggan bersama Kaki Novel


aku order 2 buku
1 lagi ayun punya
so... ada 3 buku





notakaki:  ssssssyiiioooooknyaaaaaaaaa

TuRuN BeRat DaLam 3 MinGGu


meh baca..
meh telek
korang nak tips turunkan berat badan
imagine dalam 3 minggu turun 10kg


sebenarnya ni bukanlah iklan
jualan produk
tapi cerita benar
dan kisah benar


hebatkan..
tips ni memang hebat
aku pun tak sangka


tapi kena percaya
tapi lagi
tapi bukan berlaku kat aku
berlaku kat orang depan aku
hiks



siapa dia??
adalah....



caranya...
just makan telur je
pastu kalau malam makan sup-sup je
mungkin sup sayo
sup telo




notakaki:  wahhh drastik ko




bESdAy 8 SePt...



walau pun citer dah lama..
tapi entry tak buat kan
kira acila eh... huhuhu
ni Hari Jadi anak aku yang sulung...
sudah 8 tahun dah..
8 September hari tu..
tak buat besar mana pun 
just baca doa selamat kat umah mak aku
kek ni disponser oleh abah aku


ni gambar kek



ni gambar dia potong sorang



adik dia pun nak numpang sama pasal dia punya 22 Sept..





notakaki:  kejap masa berlalu



KanTa LeKap MuRah


hmmm tengok je tajuk sure ramai yang dah ngetestkan
sib baik aku tak terjebak di dalam kancah berkenaan
hahahaha perkataan kancah tak bleh bla...
tak kesahlah

sure korang ada tengok kan berita TV3 mengenai mendalah ni
hmm padah dan kesannya kan
santek memang santek
somel, murah, pastu bila orang tengok kita pun
nak tengok sekali lagi

panahan mata ko
tapi... 
hameeeeeekkk
kesannya...

so sila beringat........ jangan beli yang murah2 tu ye


notakaki:  pakai cermin mata senang

HaRi ni Gaji


ye semua orang gomen tau hari ni gaji
hari ni gaji setelah gaji awal pada bulan lepas
sebab Hari Raya Puasa
bagi mereka yang berbelanja lebih
adalah sakit sementara menanti gaji bulan ni
kan kan kan


bagi mereka yang merancang dengan berhemah biasa2 saje
sape mereka tu... aku le antaranya
cewah belaghak ko nak cerita
cheeettt

ape pun pagi tadi masa beli makanan 
kat Kastam ada juala wokeh
so sapa2 yang dekat ngan opis aku neh
moh tengahari ni cuci mata
petang lak g pasar tani

dan jangaaaaaannn pergi Alamanda
sure ramai orang ko


notakaki:  sila simpan duit.......

Isnin, 24 September 2012

KeRaBu BuNga + PucUk BetiK


Menu malam ni nak buat
Kerabu Bunga + Pucuk Betik
mana dapatnya menda alah ni sume

semalam nenek aku datang kat umah mak
so masa tu aku ada di rumah mak la kan
jadik ape lagik
tapau le sket


pahit memang le pahit
tapi ko sedappppp
aku ngan en somi memang suke kerabu



ni contoh google bunga betik


Bahan
Bunga betik & pucuk betik
belacan
air asam
garam
gula
kelapa
cili idup + cili api
serai
halia
kelapa parut


Cara Masak
Rebus bunga betik & pucuk dengan asam keping untuk ilangkan pahit
tapi macam en somi aku tak nak ilang pahit tu
dia suke yang pahit pahit tu
jadik layannnnnnn


kemudian tumbuk semua bahan2 yang lain.. 
gaul dengan asam jawa dan kelapa
rasa secukup rasa




notakaki:  sedap wehh



MBF CaRd HoLdeR...


hah tajuk...
excuse me ye... aku bukan pemegang kad berkenaan
tapi aku nak cerita pasal menda alah ni


nombor henpon yang aku pakai sekarang ni
aku beli kat Celcom Alamanda Putrajaya ni ler
choooiiii
aku rasa pemegang nombor ni sebelum ni 
sengal kooott
ko berhutang sampai sekarang aku plak yang dia orang carik
ngok betul


pastu syarikat guaman kot 
biasala main sms2 plak..
dulu aku rasa dia ada call
aku dah explain
so ko buatla rekod yang no aku pakai sekarang ni
aku yang pakai bukan orang sebelum ni yang berhutang ngan ko
adehhh


tension kott..




notakaki:   sengal kooott....

LegOLanD MaLaySia..


memula tengok dalam Majalah 3
wahhh masa tu rese macam excited jek nak pergi
pastu dia siap kata
kelajuan yang roller tu mengikut tahap rakyat Malaysia
ermmm kira pelahan sket kot ek
ntah lahh


sekali masa tu dah tau la yang legoland ni dah dibuka
terbayang2 jugak nak pergi
bila baca surat habaq..
humang aihhh dia punya tiket


RM140 untuk dewasa
RM110 untuk kanak-kanak
kedarah ke hape


hari ni saje search online..
ni regenya.....


TicketReg. price
Online (7-Days Advance Booking)
1-Day Ticket Adult (12-59)
RM 140RM 105
1-Day Ticket Child (3-11)
RM 110RM 75
1-Day Ticket Senior (60+)
RM 110RM 75




jika itulah regenya
memang takda peluang kot
hahahaha


kak ipaq aku ada ajak gi sini reramai satu keluarga
walllahhhhh 
banyakkkk tuuuuu




notakaki:  kak ipaq... mintak mahap le yer.. 





LaKsa IkaN SeKoq


mai rapat mai rapat....
meh sini cheq nak creta...
Laksa Ikan Sekoq
korang ade??
takde kan..
hehehehe..


kisah bermula di kampung mak mertua ku
di Aloq Staq..
wokeh korang kalau g Aloq Staq bleh carik kedai ni
al kisah kedai ni menu spesel dia adalah 
Laksa yang ada di letak ikan sekoq




gambar kami 1 meja...
laksa dah sampai..
air tak sampai lagi


kat kedai ni ada jual
laksa khas untuk anak-anak
jadi pot laksa dia tak banyak
takda sayur dan bawang dan cili
senang mak pak kan kan kan...


kedai ni ada 2 cawangan
satu kat area Hospital Sultanah Bahiyah
dan satu lagi kat Jalan Mergong
so sapa2 yang ada buat jalan2 cari makan ka
cuti2 Malaysia ka
kat Kedah..
jangan lupe singgah ye


yang speselnya
ikan kembung yang direbus memang dia letak sekor
tu pasal la nama dia pun ada sekor
pastu korang...
kuah dia memang TERBAIK lah..
pekat koooo

tak cayer??



cer korang tengok gambar close up ni 
dia nya kuah ikan tu nampak kooooo
memang tak sia-sia makan

pastu lagi...
korang bleh tambah laksa ni secara PERCUMA
PERCUMA OKEH
korang ada??
takda kan..
jadi apa lagi....

tapi masa kami pergi tu perut adalah di dalam keadaan masih kenyang
jadik non adolah nak tambah2...


jangan lupe singgah yeeeeeee
sebenarnya ada lagi menu spesel di sini
tapi nanti la creta
di lain edition.............

sekiannnnnnnnnnnnn


notakaki:  cuti balik kampung nak singgah lagi...