Khamis, 4 November 2010

Di AwaNGan + ZZZzzZzz

pagi ni aku rasa di awangan dan nak tidoooooo 

ZZZZZzzzZzZZzzz.....


tido jam 12.30 malam... bangun jam 2.00 pagi.....  ZZZZZzzzZzZZ...



sebab??  nanti cerita ye...




nota:  ZZZzzZZzZzZzz..

Selasa, 2 November 2010

Heyyyy... ayah part 3

meh kita ikuti episod seterusnya... episod kali ni berlaku malam tadi....  masa tu dah jam 7... memang time tu aku tengah di dapur...  masa tu nasik dah masak... kangkung goreng belacan pun dah masak... sambal belacan ada... tinggal nak masak sup ayam je lagi...  


en suami  :   le wat pe masak...  kan nak g KFC
aku         :   le manala cek tau....  tak cakap pun jadik..

(sebenarnya petang di ofis aku telah merequest g KFC di mana hari sabtu tu tak jadi pergi)

SITUASI MALAM LEPAS SEMBAHYANG MAGHRIB

aku tengah bersiap-siap...  budak-budak ni mana leh nampak aku comel-comel sket of kos tanya

aisyah  :    ibu.... ibu nak g mana..
aku     :    cepat pergi amik baju...  nak g makan KFC..
aisyah  :   mana baju aisyahhhh...
aku     :   mana ibu tau... aisyah letak mana
aisyah :   bang longggggggg...  kita nak KFCCCC..

bang long  :  ibu... ibu... nak g mana
aku           :  KFC la bang long


SITUASI DI DALAM KERETA

ayah     :   aisyah...  nanti asiyah tunjuk jalan ye nak g KFC tu...  ayah tak ingatla... aisyah ingat ke
aisyah  :   hmmm.... sambil angguk2 konfiden dia ingat jalan..
ayah    :   aisyah tau ke jalan ni
aisyah  :   angguk2 kepala lagi

konfiden muka dia ngaku dia ingat jalan...

SITUASI SEPANJANG JALAN

ayah    :    aisyah mana ni jalan ni
aisyah :     jalannnn.... jalaaaannn..... jauhhhh.... teruuussss
(hahahhaha....  kelakar je dia bagi tunjuk arah.... sampaikan jalan tu senget pun dia kata konaa sini kona sana... hahahaha... )
aku    :  aisyah... kalau jalan ni kona-kona senget tak payah la suruh ayah senget... hahahaha
ayah  :   mana ni aisyah...
aisyah :  kona sini... sini... sini..

SITUASI BERHAMPIRAN DGN KFC

ayah    :  mana ni aisyah... tak nampak pun..
aisyah  :  teruss... terusss jalannnn
ayah    :  ni jauh lagi ke
aisyah  :  haaaa tu ada ATOK TU....  
aku      :  kah kah kah kah... (terburai ketawa)...  dia kata logo KFC tu ATOK....




bolela kan... gambar ATOK





aisyah yang gembira sangat pasal dah dapat makan KFC...




bang long apa daaa... dia buat muka cenggini..






nota:  dah tak leh perkecilkan kebolehan budak2 ingat jalan...




D-FoLia CoFFee

baru try minum dan belum pun habis minum.....  aku dapat free 1 peket... masa tu beli produk sendayu tinggi... lama dah... tapi hari ni baru terasa nak minum...






D'folia Coffee merupakan produk minuman berkhasiat dan diadun istimewa daripada ekstrak Kacip Fatimah dan herba yang terdapat di dalam produk D'folia. Ia membantu meningkatkan tenaga, mengatasi masalah dalaman wanita, mengelakkan rasa mengantuk dan penat. D'folia Coffee casual diminum setiap hari pagi dan malam.

Keistimewaan D'folia Coffee:
  • menambahkan seri wajah dari dalam secara semulajadi
  • membantu menguatkan hubungan suami isteri
  • memelihara kecantikan kulit dan kelihatan awet muda
  • mengurangkan rasa mengantuk
  • memberikan lebih tenaga

Siapakah yang digalakkan mengambil produk ini?
  • wanita yang telah berumahtangga dan yang belum berumahtangga
  • mereka yang sering keletihan akibat kerja berat
  • mereka yang kurang keinginan seksual
  • mereka yang mengalami masalah keputihan
  • wanita di dalam pantang





nota:  hrmmm not bad rasanya... okla... halussss...

NaK keMpisKan PewoT

Di bawah ini ada beberapa cara untuk menurunkan berat badan yang berlebihan dan kempiskan perut.


1. Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.


3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


4. Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu


5. Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
  • Ambil 5cm halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
  • Tumbuk kesemua sehingga lumat.
  • Perahkan air Limau Nipis.
  • Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

6. Mengurangkan buncit - Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.


7. Mengempiskan Perut - Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.


8. Kempiskan Perut Anda - Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.



nota:   ye je aku nih post tajuk ni... kejap buat kejap tak..  kan..



Isnin, 1 November 2010

DeMam...




Lepas buat puding ....  aku demam...  masa buat puding tu pun dah rasa-rasa sakit-sakit badan... tapi gagahkan jugak...  jadi mangkuk, sudu, senduk, penapis dan tah hape hape lagi dalam singki tu tidak dibasuh sebab SEEEEEJOOOKKK....

tetiba..

abng long   :   e... ehhhh banyaknya pinggan
                     ibu... boleh tak basuh pinggan ni..
aku            :  boleh la..
abg long     :  aisyahhhhh....  jom kita basuh pinggan
aku            :  ait dia sound kat adik dia ajak basuh pinggan
abg long    :   aisyah jom kita amik kerusi..


so sorang satu kerusi...  berdirilah mereka dua beradik di atas kerusi sambil membasuh pinggan...  aku tak suruh pun mereka basuh pinggan...   tapi...... hmmm terima kasih banyak kat anak-anak ibu...


bila dah basuh pinggan... tekekek kekeklah dua beradik tu...  tapi yang pasti mereka tak pernah pecahkan pinggan dan cawan di rumah itu..



nota:  lain kali sila tolong ibu lagi ye.. hiks