Rabu, 10 Ogos 2011

AlhamDulillah....


alhamdulillah...
syukur dengan kehendakNya
mak mertua ku sudah sedar 
tapi masih berada dalam pengawasan doktor
sedar pun bukan sedar sepenuhnya
kira masih antara sedar dan tidak
semalam dapat jugak aku melawat

tapi nak dijadikan cerita
rupanya mak mertua aku 
terkena demam panas..
doktor kata ni sebab virus serang dia
sebab tu doktor tak bagi datang melawat ramai2
dan masa nak masuk melawat tu
kena pakai kasut khas dan 2 kali cuci tangan
dan kalau boleh jangan sentuh pesakit
dan berada di luar garisan yang ditetapkan


walaupun aku dah cuci tangan
tapi aku tak nak sentuh mak mertua aku tu
kesian
tak nak memudaratkan

keadaannya pun masih lemah lagi
moga hari ni lebih bertambah baik hendaknya


notakaki:  semuanya dari Allah...

1 ulasan:

lovely berkata...

SEMOGA MAK MERTUA CEPAT SEMBUH HENDAKNYA aMIN...